Tanjak Emas

menulis....

World Class Bid'ah

Assalamualaikum...



Ini adalah antara perkara yang kurang masuk akal. dan tidak terdapat lansung dalam Al - Qur'an yang dibuat oleh orang - orang Islam di Malaysia.

Persoalan saya : 

1. Mengapa curah air solat hajat atas jalan untuk elakkan kemalangan ? Apa tak dibancuh aje air tersebut masa buat pembinaan LPT ? Alang - alang dah begitu, extend terus kepada PLUS, segala macam highway yang ada kat KL / Selangor ni supaya accident dapat dikurangkan. Jangan lupa buat secara 'open tender' ya/

2. Sejak bila perkara bid'ah sebegini menjadi satu kebanggaan ? Instead of mengajar anak - anak kita dengan amalan Islam yang sebenar, kita ngajak anak - anak membaca Yasin kat tepi Highway ? Siap berbangga dengan "Hats off teachers & junior" ? ( sepatutnya "hats off" kenalah ditukar kepada "kopiahs/serbans off" baru betul, sebab "hats" orang kafir je yang pakai). Ini apa punya ajaran ?

3. Mengapa begitu jumud sekali pemikiran orang - orang ini dalam penyelesaian masalah ?

4. Mengapakah Al - Qur'an dan Islam dihina dengan perbuatan yang sebegitu jahil ?

5, Bagaimanakah boleh munculnya 'air solat hajat' ? Ini ajaran ala - ala 'Holy Water' ke apa ?

6. Bayangkan persepsi yang dilihat oleh orang - orang bukan Islam terhadap perlakuan ini. Bukankah ianya seperti tidak masuk akal ? Bukankah salah satu syarat menjadi Islam itu, seseorang perlu berakal ?

7. Jika Baginda Rasullullah, Nabi Muhammad S.A.W. masih lagi hidup, adakah dia akan gembira melihat perbuatan sebegini dan adakah baginda akan berbangga melihat pemikiran umatnya ?


Mohon saudara - saudari kita yang Islamik, yang selalu berusrah, tazkirah dan apa saja yang boleh menunjukkan diskusi keIslaman tolong jawabkan soalan saya yang jahil ini.

Kalaulah para saintis Islam terdahulu melihat pemikiran umat Islam Malaysia hari ini, alangkah malunya !

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

21 comments:

  1. engkau sorang je la gunakan akal, hak dia la nak holy water sekalipun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kata tak boleh. Janganlah emosi sangat sampai nak hilang akal.

      Delete
  2. Tahniah dgn penerangan ini. Smoga membuka minda pada jiwa2 yg bangang (ostad wal retard)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memerangi kejahilan juga satu jihad.

      Delete
  3. Tahniah dgn penerangan ini. Smoga membuka minda pada jiwa2 yg bangang (ostad wal retard)

    ReplyDelete
  4. Salaamun Alaikum Tuan,

    Saya datang dari ostb. Tahniah atas blog yang berniat baik ini. Teruskan menulis berpandukan quran. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan tuan. Bersama kita menuju ke arah kebaikan dan Islam yang sebenarnya.

      Delete
  5. Salaamun Alaikum Tuan,

    Saya datang dari ostb. Tahniah atas blog yang berniat baik ini. Teruskan menulis berpandukan quran. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong usaha Saudara.

    Satu lagi 'kerugian' kepada Melayu adalah Bulan Ramadan. Jika kita amati, di Taman-taman perumahan ada banyak Surau. Setiap Phasa mahukan Surau mereka sendiri. Bagus atau tidak bagus, saya tak tahu. Tetapi jika kita perhatikan Surau-surau ini menyebabkan kanak-kanak beriya-iya kesana bila tiba berbuka. Sudah tentu dengan kawan-kawan. Ketika Ramadan juga kita dapati kanak-kanak bermain-main sehingga lewat malam di hadapan rumah, setiap malam.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hemat saya saudara, Surau tidak salah. Islam tidak salah. Kalau ibubapa tidak mampu mengawal anak - anak, maka itu kesalahan ibu bapa. Tetapi langkah pembaikan boleh diambil untuk pastikan yang anak - anak faham perkara ini.

      Delete
  7. Mengapa curah air solat hajat atas jalan untuk elakkan kemalangan ? Apa tak dibancuh aje air tersebut masa buat pembinaan LPT ? Alang - alang dah begitu, extend terus kepada PLUS, segala macam highway yang ada kat KL / Selangor ni supaya accident dapat dikurangkan. Jangan lupa buat secara 'open tender' ya

    .....diatas adalah komen saudara yang ikut nafsu.
    adakah saudara tahu batu dijalan, pepohonan, bukit bukau, laut malah angin juga turut bertasbih kepada Allah siang malam tanpa henti ? manusia yang sombong bukan sahakja engkar untuk bertasbih malah sanggup menghina bacaan ayat suci keatas air...dituduh holy water dan sebagainya.

    dakah saudara juga tahu setiap kerlipan mata, setiap denyutan jantung kita ini...malah setiap pergerakan perlakuan perkara yang berlaku atas muka bumi alam raya ini malah pergerakan satu zarah pun adalah di dalam kekluasan kekuasaan ilmu Allah ?

    saudara buatlah high class lebuhraya pun..guna segala ilmu sains yang ada dalam akal yang sejemput itu untuk elak kemalangan...bergantunglah hanya pada benda dan makhluk...tapi terlupa untuk bergantung pada Allah

    biarlah mereka dengan cara mereka, sekurangnua mereka masih ada rasa kebergantungan sepenuh pada Allah...
    jangan dihina dikeji...dan seluruh alam baca hasil idea kreatif saudara ini malah ada yang sanggup tokok tambah dengan ayat penghinaan juga

    badcalah surah al kahfi seminggu sekali, agar saudara terselamat dari fitnah yang bermaharaja lela diakhirul zaman ini dan semoga nur Allah menyinari saudara. banyakkan topik politik tp jgn membabi buta dalam soal iman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjukkan saya satu ayat bukti dalam Al - Qur'an yang mengatakan perbuatan 'membaca ayat suci ke atas air' ini perlu dalam Islam. Pergantungan ke atas Allah apa bendanya kalau dah baca ayat suci kepada air ? Kenapa begitu terkesan dengan perkataan 'Holy Water', kerana perbuatan itu disamakan dengan satu elemen Kristianisasi barangkali ?
      Inilah padahnya bila terlalu banyak tahyul. Cuba tanyakan kembali, apakah sebab sebenar perbuatan menjirus air tersebut dilakukan ? Apakah disebabkan kemalangan, atau disebabkan cerita - cerita yang mengatakan kemalangan terjadi sebab gangguan - gangguan mistik ?

      " semoga nur Allah menyinari saudara. banyakkan topik politik tp jgn membabi buta dalam soal iman.." - Saya tak berminat sangat dalam soal politik. Kalau saudara/saudari gila politik, mungkin boleh ke tempat lain yang suka berbincang pasal politik, :)

      Delete
    2. salam jumaat sayyidul ayam
      sudahkah saudara recite surah alkahfi ?


      ....saya tiada jawaban untuk soalan saudara. maaf
      tapi saya cuma nak share saudara tahu atau tidak tubuh kita ini 70% adalah air...molekul air yang bergerak balas dengan ayat Allah...cemerlang gemilang...kristal nya cantik sekali...
      manakala air yang dimaki...molekulnya huduh,..

      ayat fatihah itu lah ubat ( surah fatihah itu doa)...dibaca dalam air dan diminum (dgn syarat saudara yaqin )
      kerana sesungguhnya ayat quran itu adalah rahmat dan penawar pada orang mukmin.

      apa effect pada sell dalam tubuh saudara tu...bgtaulah saya...

      saudara sendiri dah terkeliru , janganlah mengelirukan org lain lagi ...yg jahil...turut terpengaruh dgn tulisan saudara,


      Delete
    3. Saudari kurung biru ni kadang2 bercakap agak angkuh dgn ilmu yang tak beberapa. Amalkan membaca surah al kahfi hari jumaat tak perlu disoalkan kepada sesiapapun, itu adalah amalan diri sendiri yang tak perlu ditunjuk kepada orang lain, seolah2 kamu saje yg buat amalan tu. Anyway, apakah yang telah kamu faham dari surah al kahfi tersebut?

      Kelakuan saudari memanggil penulis 'sayidul ayam' juga adalah islamik? melambangkan keperibadian kamu, sedangkan nabi musa juga diminta berbicara secara baik dgn firaun oleh Allah, makanya kamu tidakkah kamu mengambil pengajaran dari Quran yang kamu baca? Atau pun kamu membaca tanpa memahami isi kandungan Quran tu sendiri.

      Dalam Quran berulang kali Allah menyuruh manusia berfikir, menggunakan akal. Berulang kali Allah bertanya kepada manusia, tidakkah kamu berfikir? Tidakkah kamu menggunakan akal?

      Adalah dangkal meletakkan air sebagai medium untuk keselamatan diri. Walaupun air dibaca dgn ayat Quran, tidaklah patut manusia menjadikan air sebagai azimat. Sekiranya benar saudari bergantung kepada Allah, adakah bermaksud saudari bergantung semata2 tanpa berusaha?

      Nabi sendiri berkata, tawakal tu adalah, ikatlah kuda, dan bertawakal pada Allah. Begitulah juga, pastikan brek berfungsi, tayar tak botak, pandu dgn cermat, lebuhraya dipantau dan lubang ditampal, selebihnya bertawakal dan bergantung pada Allah. Hakikatnya, saudari sendiri tak faham apa itu bergantung pada Allah.

      Penulis tak pernah menulis tentang alam yang sentiasa bertasbih, oleh itu, jawapan saudari mengaitkan tentang alam bertasbih tidak berkait langsung. Adakah mempersoalkan curah air ke jalan juga mencabar iman kamu? Jahilnya kamu sehingga air dianggap begitu suci sebagai azimat, dan akhirnya air yang suci dituang ke atas jalan digelek oleh tayar kereta.

      Sekiranya kamu memahami ilmu tawakal tu sendiri, kamu tidak akan bergantung pada apa2, hatta air sekalipun. Ibarat burung yang keluar waktu pagi lapar, pulang petang kekenyangan, itulah tawakal yang sebenarnya, berserah bulat2 pada Allah. Ditulis juga dalam Quran.

      Hakikatnya, manusia dikurniakan akal untuk berfikir, Islam tak menjumudkan umatnya, bahkan umatnya yang menjumudkan pemahaman Islam tu sendiri.

      Delete
    4. Saudara / Saudari Kurung Biru,
      Terpulang pada anda untuk menilai penulisan saya.
      Kalau tidak ada jawapan bagi persoalan saya, maka diam adalah lebih baik.
      Saya tidak pasti dari sudut mana yang terkeliru atau siapa yang terkeliru. Yang saya pasti, perbuatan mencurah air ke atas lebuh raya, dengan air yang dibaca ayat suci itu perbuatan bid'ah yang ditambah - tambah. Tentang itu tidak ada sebarang keraguan dan kekeliruan.
      Sama ada pendapat saya diterima atau tidak, terpulang pada yang membaca untuk memikirkannya dengan aqal.

      Saudara / saudari MM Nixsoft System,
      Sememangnya ini langkah tipikal golongan yang mengakui mereka ini beragama.
      Mereka menyerang dengan hujah yang pincang, dan apabila hujah mereka dihancurkan atas sebab hujah mereka itu satu pembohongan, maka mereka akan mula main taktik 'melabel'. Kononnya perbuatan memanggil seseorang itu dengan panggilan yang tidak pula digemari dibolehkan dalam Islam. Kalau seorang Muslim itu sebenar - benar Muslim yang mengikuti Sunnah Rasulnya, seperti mana yang dicanang - canangkan, maka dia patut tahu tentang apa yang dibicarakan. Sibuk kita memikirkan iman dan dosa pahala orang lain, terlupa pula kita nak muhasabah diri.

      Tapi tak mengapalah, yang mahu berfikir, tetap akan terus berfikir, kerana ianya hak kita sebagai hamba Allah.
      Terima kasih atas pemahaman saudara tentang konsep Tawakkal. Kita perlukan lebih ramai lagi orang seperti saudara / saudari untuk melonjakkan Islam ke depan.

      Jazakallah.

      Delete
    5. saudara MM Nixsoft system

      terkedu saya baca komen saudara. adakah saudara tahu apa makna sayyidul ayyam itu ??
      saya ucapkan salam jumaat penghulu segala hari pada penulis .... sayyidul tu penghulu, ayyam tu ..hari...
      tu la kutuk sangat bangsa arb, bahasa arab pun tak tahu

      jawaban saya mudah...ikhtiar dahulu kemudian tawaqqal.. itulah pegangan ahli sunnah jamaah.
      malangnya saudara terlebih sangat , taksub sangat bergantung pada mata benda...kerja baiki jalan semua tu kerja JKR , kerja servis kereta tu kerja rutin seorng pemandu,. tak pyh bising semua orang maklum.

      tp...untuk ingat Allah yang memberi nikmat dan mudarat, hanya segelintir orang saja, jangan dihina segelintir itu.

      yang bergantung pada benda ramai termasuk saudara.

      maaf..

      -kurung-

      sekian.

      Delete
    6. saudara pemilik blog

      saya hanya ucapkan salam jumaat penghulu segala hari pada saudara...

      sayyidul ayyam tu bukan kata penghinaan.

      husnudzon la dulu terhadap saya sebelum menuduh

      tentang surah al kahfi, mnjadi tngungjawab saya untuk ingatkan agar saudara seisalam saya baca surah ini kerana ini adalah akhirul zaman....agar kita terlindung dari fitnah tentera dajjal yang merosakkan iman...ketra saudara dan rakan yang beri komen pada artikel saudara saya lihat

      terlalu liberal...dalam memberi pendapat. saudara ingin ajak melayu berfikir ikut acuan pemuikiran saudara. maaflah saya tak sealiran dengannya. harap blog ini sudi terima pandangan yang tidak prro pemikiran penulis,

      maaf.

      -kurung-

      Delete
    7. saudara pemilik blog

      saya hanya ucapkan salam jumaat penghulu segala hari pada saudara...

      sayyidul ayyam tu bukan kata penghinaan.

      husnudzon la dulu terhadap saya sebelum menuduh

      tentang surah al kahfi, mnjadi tngungjawab saya untuk ingatkan agar saudara seisalam saya baca surah ini kerana ini adalah akhirul zaman....agar kita terlindung dari fitnah tentera dajjal yang merosakkan iman...ketra saudara dan rakan yang beri komen pada artikel saudara saya lihat

      terlalu liberal...dalam memberi pendapat. saudara ingin ajak melayu berfikir ikut acuan pemuikiran saudara. maaflah saya tak sealiran dengannya. harap blog ini sudi terima pandangan yang tidak prro pemikiran penulis,

      maaf.

      -kurung-

      Delete
    8. saudara MM Nixsoft system

      terkedu saya baca komen saudara. adakah saudara tahu apa makna sayyidul ayyam itu ??
      saya ucapkan salam jumaat penghulu segala hari pada penulis .... sayyidul tu penghulu, ayyam tu ..hari...
      tu la kutuk sangat bangsa arb, bahasa arab pun tak tahu

      jawaban saya mudah...ikhtiar dahulu kemudian tawaqqal.. itulah pegangan ahli sunnah jamaah.
      malangnya saudara terlebih sangat , taksub sangat bergantung pada mata benda...kerja baiki jalan semua tu kerja JKR , kerja servis kereta tu kerja rutin seorng pemandu,. tak pyh bising semua orang maklum.

      tp...untuk ingat Allah yang memberi nikmat dan mudarat, hanya segelintir orang saja, jangan dihina segelintir itu.

      yang bergantung pada benda ramai termasuk saudara.

      maaf..

      -kurung-

      sekian.

      Delete
    9. Salam saudari kurung,
      Cuba kamu lihat balik tulisan kamu di atas,saiyidul ayam yang ditulis, bukan saiyidul ayyam, mgkn typo error, tetapi membawa maksud berbeza, jadi, tak perlulah berbangga dgn kemahiran kamu berbahasa arab. Kami tak salah bila memahami maksud yg lain apabila ejaan kamu pun tak betul.

      Penilaian kamu tentang liberal adalah dari sudut pemikiran kamu. Sedangkan Allah menuntut manusia supaya sentiasa berfikir, itu jangan disangkalkan. Adalah tanggungjawab setiap manusia tu sendiri untuk berfikir, samada apa yg dilakukan tu adalah dari tuntutan agama atau sebaliknya. Setiap ibadah perlu berlandaskan dari Quran atau hadis. Apakah yg dilakukan mereka adakah benar atau difikirkan benar mengikut acuan minda sendiri, atau mengikut sahaja secara membabi buta sebab tok guru dulu2 biasa buat? Harus diingat, syaitan berusaha setiap masa untuk memesongkan manusia, dan itu janji dia.

      Perspektif kamu sendiri melabel orang lain taksub bergantung dgn mata benda adalah definisi kamu sendiri. Ingatlah, takde sapa boleh menilai apa dalam hati orang lain kecuali Allah sendiri.

      Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, usaha diiringi dgn tawakal. Tetapi usaha itu bukanlah mencurah air ke atas jalan, tetapi sifat fizikal jalan, pemanduan berhemah adalah usaha. Tawakal adalah berserah bulat2 pada Allah, bukan air sebagai azimat. Berdoa dan serahkan pada Allah. Sekiranya pemanduan berhemah tu semua orang dah tau dan tak perlu bising, jadi tak perlulah diletakkan papan tanda had laju, lembu di depan, jalan licin, kawasan sekolah dan perlahankan kenderaan, serta iklan2 dalam TV dan media cetak tentang keselamatan cara memandu. Logik kamu bila orang dah tahu jadi tak perlu diingatkan. Sedangkan kita ni manusia yang lemah, harus mengingat dan diperingati dalam ibadah mahupun kehidupan seharian.

      Bukanlah tanggungjawab kamu untuk mengingatkan orang lain tentang keperluan surah al kahfi dibaca. Itu adalah tanggungjawab diri setiap manusia kerana diri sendiri yang accountable atas segala perbuatan di akhirat nanti. Kamu hanya beri cadangan, bukannya satu tugas untuk memberi peringatan. Ibadah khusus perlu dilakukan oleh setiap manusia, dan itu satu ujian kepada setiap manusia samada mampu atau tidak untuk melakukan setiap suruhan Allah.

      Samada kamu terima atau tidak terpulang pada kamu, tetapi akhirnya kamu yang mencorak kehidupan kamu sendiri, begitulah juga pada semua manusia. Belajarlah humility, kerana iman kamu dan orang lain hanya Allah yang tahu.

      Delete
    10. This comment has been removed by the author.

      Delete