Tanjak Emas

menulis....

Bacalah !

Salamun 'Alaik.

Awal bulan ini ingin saya tuliskan mengenai budaya membaca. Ianya satu subjek yang sangat membosankan, namun, ianya tersangat penting dalam membina satu tamadun masyarakat yang unggul.

Pentingnya budaya membaca ini dapatlah kita perhatikan dari peristiwa turunnya wahyu pertama, yang memerintahkan Baginda Rasul dengan perintah : Bacalah !


Walaupun begitu, pada masa ini, budaya membaca dipandang sepi oleh ramai dari kalangan Melayu kita.

Rendahnya minat membaca, ditambahkan pula dengan rendahnya mutu pilihan pembacaan merupakan satu 'recipe for disaster' untuk umat Melayu. Dengan memilih bahan bacaan yang tidak bermutu, ianya akan bertindak menambahkan lagi kedunguan yang semakin merebak di kalangan umat Melayu kita.

Masakan tidak, lihat sahaja bahan bacaan berbahasa Melayu yang wujud di pasaran. Ianya hanya berunsurkan tahyul, cinta, fantasi, agama dan khayalan. Dan dari kategori inilah munculnya paling banyak sumber bacaan. Ini menyebabkan pemikiran kita tidak lagi meluas. Tidak ada pertambahan informasi baru. Tidak ada pertambahan pengetahuan.

Tidak pasti mengapakah umat Melayu begitu tertarik untuk membaca makalah - makalah semacam ini. Tetapi, mujurlah, masih lagi membaca. Yang lagi teruk adalah yang langsung tidak mahu membaca. Bukan kurang, tetapi TIDAK MAHU.

Bagaimana bangsa kita mahu bergerak ke depan kalau kita malas membaca dan berusaha ?
Bagaimana nasib bangsa kita hendak berubah, jika kita masih leka dengan budaya yang mengkhayalkan ?

Kita seharusnya mempelajari dari sejarah silam, terutamanya sejarah Dark Ages di Eropah. Kita seharusnya sedar yang setinggi mana, sehebat mana pun tamadun sesuatu bangsa, tanpa disiplin ilmu, ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi. Inilah yang sedang berlaki pada umat Melayu, dan rentaknya sudah semakin pantas lewat 5 tahun kebelakangan ini.

Kita telah kehilangan daya fikir rasional dalam menyelesai masalah. Kita hanya bertindak melulu berdasarkan emosi. Kita memikirkan dengan hanya semangat, segala masalah yang membelenggu bangsa kita akan selesai.

Kita seharusnya menerapkan budaya pembacaan di kalangan anak - anak sejak dari kecil.
Biarkan mereka berkawan dan selesa dengan buku,
Jadikan buku teman mereka.
Dan ajarkan mereka pilih sama ada bahan bacaan ini bagus atau tidak.

Jika tidak, bangsa kita akan terus mundur dan ketinggalan.
Dan jika itu berlaku, itu adalah salah kita, generasi yang terdahulu.
Bacalah !

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment