Tanjak Emas

menulis....

Siapakah Sebenarnya Ulama' ?


Kali ini saya akan membicarakan pula berkenaan ulama'.
Sebenarnya ni adalah posting ulangan saya, sebab ianya pernah dipublish di OutSyedTheBox (terima kasih tuan Syed) dan juga blog lama saya. Tapi disebabkan saya dah hilang akses ke blog tersebut, maka saya tulis semula artikel ini untuk renungan kita bersama.


Sebetulnya, pada hemat saya, apabila kita menyebutkan perkataan 'Ulama', maka kita akan terus terbayangkan seorang yang sangat arif tentang Islam dan juga warak. Persepsi ini adalah persepsi yang ditanam sejak zaman - berzaman dalam minda orang Melayu. Pada pendapat saya, ini adalah persepsi yang sedikit terpesong dari makna sebenar 'Ulama' tersebut.

Mari kita telusuri dari sudut perkataan dahulu. Maaf, saya bukan pakar bahasa Arab, tetapi pembacaan saya telah menemukan dengan satu konklusi logik berdasarkan penyelidikan melalui kamus.
Perkataan 'Ulama' ini merupakan satu jamak (plural) kepada perkataan 'Alim', dan ianya membawa maksud 'golongan yang berpengetahuan'. Asal perkataan ini (root words) adalah perkataan "Ilm" iaitu 'pengetahuan'.

Secara ringkas :-
Ulama = Golongan orang yang berpengetahuan
Alim = Seorang yang berpengetahuan
Ilm = Pengetahuan

Kalau dilihat dari sumber diatas, dari mana pulak 'Ulama' itu merujuk secara eksklusif kepada 'Golongan yang pandai Agama' sahaja ?

Inilah misconception yang perlu kita perbetulkan. Kalau mengikut takrifan berdasarkan makna perkataan, golongan 'Ulama' ini merujuk kepada golongan intelektual, cendekiawan, bijak pandai dan pakar yang arif dalam bidang mereka. Seorang pakar dalam bidang automotif boleh saja digelar 'Ulama Automotif', sama juga dengan seorang pakar dalam bidang kewangan digelar 'Ulama Kewangan'. Memang bunyinya sedikit janggal, tetapi inilah hakikat yang sebenarnya. Islam tidak pernah mengatakan yang golongan ulama itu eksklusif kepada golongan yang arif tentang agama sahaja. 

Ini disebabkan salah satu tujuan utama baginda Rasul diturunkan adalah untuk menghapuskan kejahilan. Dan kejahilan ini dihapuskan dengan adanya Islam. Pembebasan yang dibawa oleh Islam dibawah dakwah baginda Rasul adalah pembebasan minda dari jajahan kejahilan dan kejumudan. Satu kaum yang tidak memiliki tamadun dan kemuliaan, diangkat derajatnya kerana ia mengikuti Islam. Kerana Islam itu sentiasa mengajarkan umatnya berfikir dengan akal yang waras dan rasional.

Kalau kita semak semula sejarah keagungan Islam dan Sains, kita akan mendapati bahawa pada zaman Renaissance Islam, terdapat ramai para saintis hebat yang menguasai multi disiplin. Mereka menguasai cabang ilmu yang hebat, di mana selain dari menguasai bidang Sains, mereka juga menguasai cabang Teologi dengan sangat baik. Al - Razi misalnya, terkenal sebagai saintis polymath yang pakar dalam bidang Sains, Perubatan dan Kimia, serta diiktiraf sebagai saintis pertama yang berjaya menghasilkan Asid Sulfurik, dalam masa yang sama turut menulis berkenaan falsafah Ketuhanan. Al - Biruni, salah seorang dari saintis Islam yang terkemuka pada zaman tersebut, merupakan salah seorang dari pengkritik tegar penulisan - penulisan Al - Razi dengan rebuttal penulisan dari segi intelektual.


Dari segi sejarah Al - Razi itu sendiri telah pun menunjukkan yang pada zaman Keemasan Islam, individu yang digelar ulama ini telah mencapai satu tahap yang tinggi dalam proses intelektual. 

Mereka terkenal pakar dalam membahas, mengkaji, mengkritik dan golongan pemikir dalam pelbagai cabang ilmu. Tidak hairanlah pada waktu itu perkembangan ilmu Islam menjadi sangat hebat, sehingga terdirinya universiti - universiti terkemuka di Maghribi, kota Sevilla, Toledo dan Granada. 

Beratus - ratus manuskrip ilmu dari bahasa Arab diterjemah kepada Latin, dan beribu - ribu manuskrip Latin dan Yunani diterjemah ke bahasa Arab atas urusan pengkajian ilmu. Perpustakaan yang besar didirikan di Iskandariah dan Kota Baghdad, dan khalifah juga menawarkan geran - geran pendidikan demi meneruskan kelangsungan budaya ilmu.

Jadi datang mana pulak yang perkataan 'Ulama' ini dikhaskan kepada golongan pandai agama sahaja ?
Pada pendapat saya, ini disebabkan tersalah tafsir umat Melayu pada zaman awal kedatangan pendakwah Arab ke Tanah Melayu.

Para pendakwah yang memiliki kepakaran pelbagai bidang ini telah datang dan membawa dakwah Islam ke Tanah Melayu, dan dalam masa yang sama turut membawa sedikit ilmu pengetahuan Sains bersama dengan mereka.

Barangkali, disebabkan yang diutamakan oleh para pendakwah ini adalah dakwah Islam dan bukan pengembangan ilmu akademik, maka masyarakat secara terus - terusan memahami yang perkataan Ulama itu dikhaskan kepada golongan pandai agama sahaja.

Pada akhir kalam, saya menekankan bahawa pendapat saya, ulama ini merujuk kepada golongan intelektual dan cendekiawan yang boleh membantu umat Islam bebas dari belenggu kejahilan, kejumudan dan kemiskinan. Tidak mungkin seorang yang hanya tahu mengangguk - angguk dan mengulang baca kajian 1000 tahun lepas boleh digelar ulama, sedang ilmu itu berkembang setiap hari pada kadar yang sangat pantas.

Diharapkan apabila persepsi kita dapat diperbetulkan, maka kita akan bertambah mementingkan ilmu akademik seiring dengan pengukuhan iman melalui ilmu Islam.

Sebelum saya akhirkan penulisan ini, mari kita fikirkan sabda baginda yang mafhumnya bermaksud :

Ulama itu adalah pewaris para Nabi.

Kalau diikutkan tafsiran dari akal yang sihat, takkanlah baginda Rasul nak meninggalkan orang yang bodoh sebagai pewarisnya bukan ?

Wallahua'lam.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

22 comments:

  1. Samalah juga, 'majlis ilmu' bagi kebanyakkan ustaz hanya tertumpu kpd hal-hal agama secara khusus. padahal ilmu itu maha luas. Menghadiri kelas matematik dll juga pada hemat saya adalah 'majlis ilmu' yg diberi pahala besar jika menghadirinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju tuan. Tidak pernah ada sekatan dalam mempelajari ilmu yang bermanfaat. Tahniah kerana punya pemikiran yang maju ke depan.

      Delete
  2. Hmm tp nabi mana yg expert dlm ilmu lain selain dr agama, sains cthnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi Muhammad s.a.w. Baginda mampu menerangkan tentang pergerakan Bulan dan Matahari dengan ilmu Sains yang tertulis dalam Al - Qur'an. Banyakkan mengkaji dan membaca ya saudara. Jangan terlalu malas dan hendak di spoon feed pulak. Tak maju kita nanti.

      Delete
  3. Apa niat saudara post topik ini..adakh untuk.menghina ulamak muktabar yg ujud didunia skrg ?
    Sehinggakn joe snggup menghina nabi. Kalau beginilh corak pemimiran yg ingin saudara terapkn diminda org melayu,
    Allah juga yg memberi hidayah utk saudara..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik kak, tafsiran kamu sungguh sempit. Adakah ulama tu hanya bijak pandai agama? Pernah kamu memahami Quran tu sendiri? Kalau kamu pernah, kamu juga akan memahami ulama tu bukanlah bijak pandai agama je. Baca Quran dan fahami maksudnya, bukan baca dan melagukan tapi tak faham apa yg Allah sampaikan pada sekelian manusia. Ingatlah, Quran diturunkan kepada sekelian manusia, bukanlah kepada ustaz dan pemakai serban besar je. Salah manusia sendiri yang tak mahu memahami Quran tu sendiri, hanya belajar angguk2 dengan ustaz serban besar je.

      Delete
    2. Siege Mentality memang akan berlaku. Dimanakah 'penghinaan terhadap ulama' muktabar' sepeti yang Kurung Biru katakan ? Apakah bila kita tidak bersetuju dengan pendapat orang ramai, maka kita dituduh menghina pula ? Maaflah, pada saya, ulama boleh dihormati, tetapi tidak pula untuk didewa - dewakan. Semoga Allah juga memberi hidayah kepada anda. Amin.

      MM Nixsoft System, inilah yang saya cuba terangkan dalam penulisan saya. Sebab sehingga kini saya tak pasti kenapa golongan kalau kita sebut "ulama" saja mesti golongan yang eksklusif pandai agama. Padahal Nabi tak pernah sebut pun, Qur'an pun tak ada kata gitu. Terima kasih atas kunjungan saudara ke sini.

      Delete
    3. ana nampak ortodox...kerana ana lebih selesa dilihat ortodox ...teruja untuk hidup zaman khalifiah zaman nabawiah berbanding zaman serba moden hingga islam sangat terasing dihati manusia.

      pada saya lebih baik saudara jangan tunjuk jaguh ulas topik ini kerana rasa macam ada yang tak kena. binasa iman,

      terima kasih

      Delete
    4. Iman takkan binasa kerana mengkritik.
      Iman hanya akan binasa kerana kejahilan.
      Tak perlu tunjuk jaguh kalau tak punya jatidiri atau jahil, atau ingin hidup selesa didalam balang kaca.
      Sila fahami yang Gerakan Anti Minda Bangang hanya untuk Yang Berakal Sihat sahaja.
      Pergi main jauh - jauh.

      Delete
    5. Hadis nabi, tak ingat sanad yang mana, sekiranya kamu melihat kemungkaran, mana cegahlah dengan tangan kamu, sekiranya tak mampu, gunalah lidah kamu, sekiranya tak mampu juga, bencilah dalam hati, dan itu adalah selemah lemah iman.
      Ini bukan masalah tunjuk jaguh, tapi cuba untuk membetulkan sesuatu yang tak berapa betul. Mana kamu belajar teguran boleh rosak iman? Jangan jadi pengikut yang membabi buta tanpa belajar dari number yang sahih, iaitu Quran sendiri. Kamu punya so called ulama bukanlah ulama, mufti pun jadi bisu. Yang dibincangkan hanyalah coklat cadbury, vape, tangkap orang yang tak puasa dan khalwat. Apabila ulama kamu sendiri jahil, tak faham sistem ekonomi, sistem kewangan, sains, kesilapan pm dalam isu 1mdb, gst langsung tak ditegur. Yelah, dah tak reti. Ulama yang sebenar macam tun Mahathir tak diiktiraf, kerana dia tak simpan janggut, berketayap dan berjubah. Ini kerana masyarakat melayu yang jahil macam kamu yang meletakkan ulama tu hanyalah bijak pandai agama. Ilmu pentadbiran pun tak belajar, tapi mendabik dada mengatakan hanya ulama (bijak pandai agama) yang mampu memerintah. Sedangkan definisi ulama bukanlah bijak pandai agama sahaja.

      Delete
    6. Hadis nabi, tak ingat sanad yang mana, sekiranya kamu melihat kemungkaran, mana cegahlah dengan tangan kamu, sekiranya tak mampu, gunalah lidah kamu, sekiranya tak mampu juga, bencilah dalam hati, dan itu adalah selemah lemah iman.
      Ini bukan masalah tunjuk jaguh, tapi cuba untuk membetulkan sesuatu yang tak berapa betul. Mana kamu belajar teguran boleh rosak iman? Jangan jadi pengikut yang membabi buta tanpa belajar dari number yang sahih, iaitu Quran sendiri. Kamu punya so called ulama bukanlah ulama, mufti pun jadi bisu. Yang dibincangkan hanyalah coklat cadbury, vape, tangkap orang yang tak puasa dan khalwat. Apabila ulama kamu sendiri jahil, tak faham sistem ekonomi, sistem kewangan, sains, kesilapan pm dalam isu 1mdb, gst langsung tak ditegur. Yelah, dah tak reti. Ulama yang sebenar macam tun Mahathir tak diiktiraf, kerana dia tak simpan janggut, berketayap dan berjubah. Ini kerana masyarakat melayu yang jahil macam kamu yang meletakkan ulama tu hanyalah bijak pandai agama. Ilmu pentadbiran pun tak belajar, tapi mendabik dada mengatakan hanya ulama (bijak pandai agama) yang mampu memerintah. Sedangkan definisi ulama bukanlah bijak pandai agama sahaja.

      Delete
  4. Saudara juga pemuja blogger outsyed the box..tidak heranlh pemikiran saudara sealiran dgn beliau. Jika bab pitik.malaysia kita sealirn tp bab ugama sy menentng sekerasnya...
    Jgn dihina tuding hijab kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artikel kat atas takde sebut tentang hina tudung hijab, jadi saya tak nampak kat mana penghinaan tu. Hanya kerana artikel tu diluar kebiasaan pemikiran cik kak, kamu tak boleh terima. Jangan menjumudkan fikiran tentang ruang lingkup ilmu tu sendiri. Ilmu tu luas, bukan setakat ilmu agama je. Allah menyuruh manusia berfikir, berulang ulang kali dalam Quran, 'apakah kamu tak berfikir?'. Sila rujuk Quran dan fahami maksudnya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Jangan buat fitnah terhadap penulisan saya. Saya tidak menghina tudung, hijab, serban, kopiah atau apa sahaja yang kamu pakai. Kalau nak dikirakan, yang menghina pemakaian hijab itu sendiri adalah pemakainya, sepertimana yang terjadi di Facebook dalam komen - komen yang kita dapat lihat apabila ada doktor pakar sakit puan yang kacak diinterview di stesen radio. Ramai juga 'Muslimah berhijab' yang komentarnya hebat, isteri orang pula tu. Hijab tidak bermakna kamu terlalu suci sehingga taraf kamu berada di atas yang lain.
      Makanan yang bertutup mungkin tidak dihinggapi lalat, tetapi makanan yang bertutup tidak juga terhindar dari menjadi basi dan rosak.

      Delete
    4. Makanan yang bertutup mungkin tidak dihinggapi lalat, tetapi makanan yang bertutup tidak juga terhindar dari menjadi basi dan rosak.

      salah tu...

      Makanan yang bertutup AKAN ALLAH LINDUNGI DARI dihinggapi lalat, tetapi makanan yang bertutup tidak juga terhindar dari menjadi basi dan rosak.( BILA TAK TAAT PERINTAH ALLAH, TENTULAH BAHAYA DATANG PD DIRI SENDIRI )

      ....tudung adalah syiar, tunjuk kita perempuan islam, no compromised.

      maaf saya tersalah anggap kecenderungan saudara pada blogger outsyed the box yg menghina perbuatan memakai tudung menyebabkan saya termarah saudara. maafkan saya. itulah jangan berakawan dengan tukang besi...baunya busuk, berkawan dengan penjual minyak wangi..saudara akan wangi walaupun tidak menjualnya

      Maafkan saya. terima kasih atas nasihat.

      Delete
    5. Jangan suka menganggap diri sendiri lebih mulia dari yang lain.
      Kerana Islam mengajar kita sifat 'humility'
      Kalau kamu menganggap tudung itu syiar, maka teruskanlah. Saya tidak mengatakan kamu salah. Saya juga tidak membenci orang yang bertudung. Itu hak kamu kerana kamu yang nak memakainya. Tetapi bertudung tidak bermakna suci, lebih mulia dari yang lain atau berhak memandang rendah kepada yang lain.
      Kalau kamu hendak menunjukkan kamu beragama, atau agama apa yang kamu anuti, itu juga hak kamu. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.

      Berhentilah melabel seorang dengan seorang yang lain. Itu saja.
      Oh ya, saya juga tidak menganuti fahaman fatalis, barangkali itu yang menjadi kelainan dalam penulisan saya.

      Delete
    6. "....tudung adalah syiar, tunjuk kita perempuan islam, no compromised". Rahib perempuan Kristian juga bertudung. Bertudung bukanlah untuk tunjuk kita ni Islam, sifat menunjuk tu sendiri adalah sifat sombong dan angkuh milik iblis.

      Pakailah tudung kerana Allah, tiada sebab lain, hatta sebab nak tunjuk sbg perempuan Islam tu sendiri dah menyimpang dari matlamat asal.

      "Makanan yang bertutup AKAN ALLAH LINDUNGI DARI dihinggapi lalat, tetapi makanan yang bertutup tidak juga terhindar dari menjadi basi dan rosak.( BILA TAK TAAT PERINTAH ALLAH, TENTULAH BAHAYA DATANG PD DIRI SENDIRI )". Juga tidak benar saudari. Makanan ditutup adalah ikhtiar kita, kemudian bertawakal pada Allah. Selebihnya adalah hak Allah, sekiranya makanan tak ditutup, dan Allah memelihara makanan tu, itu adalah kuasa Allah, hak Allah. Ingatlah, manusia berusaha, Allah menentukan. Bukan hak kamu, bukan hak manusia.

      Delete
  5. Saya juga perasan umat melayu ada masaalah disini. Ilmu biologi, fizik, kimia dll seperti bukan ilmu islam. Penasihat Sultan MUHAMMAD AL-FATEH iaitu SHEIKH AGHA SHAMSUDDIN juga merupakan ULAMA dan juga AHLI PERUBATAN dan juga ahli BOTANI. Dia juga menemui takrifan BAKTERIA yg kemudiannya 4 kurun selepas tu barulah dibuktikan oleh pakar di perancis. Dia juga menyuruh anak muridnya iaitu SULTAN MUHAMMAD AL FATEH menyerang KONSTANTINOPAL yg mengancam kerajaan islam dan meletakkan tarikh bila patut diserang. Terbukti mereka ada ilmu SAINS yang tinggi dan faham kitaran cuaca. Sebenarnya bukan salah orang ARAB tp mungkin umat melayu sendiri salah faham tentang islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan dan makluman saudara yang sangat berbeza. Saya memang mengagumi Sultan Muhammad Al - Fateh, tetapi ini kali pertama saya mendapat maklumat mengenai Sheikh Agha Shamsudin. Baru saya tahu yang beliau juga seorang Ulama Perubatan dan Ulama Botani. Bolehkah tuan bantu saya dalam mendapatkan maklumat lanjut ? Saya ingin mengumpulkan dan menerbitkan maklumat mengenai Ulama Sains Muslim dalam blog ini supaya kita bersama - sama dapat mengambil inspirasi dari perjuangan ulama terdahulu. Mohon email saya untuk perbincangan lanjut di readverserepublic@gmail.com
      Jazakallah.

      Delete