Tanjak Emas

menulis....

3 bulan sunyi dan kini kembali !

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kini saya kembali berblogging semula setelah hampir 3 bulan tidak langsung mengepost apa - apa di blog ini, Kekeringan idea menulis, timbunan tugasan yang banyak dan pengisian dengan pelbagai urusan menyebabkan progress memblogging disini terbantut.
Pada yang menunggu atau rajin melawati blog ini untuk post terbaru, saya ucapkan terima kasih dan saya pohon maaf atas kesenyapan saya.


Saya kurang pasti apakah isu ini isu lama atau masih lagi baru, tapi kali ini saya ingin sentuh berkenaan dengan Kapitalis Ugama atau Penunggang Ugama.

Ini adalah puak yang paling keji di muka bumi ini, kerana mengaku dan berlagak sebagai orang suci tetapi kerjanya adalah memperdagangkan agama bagi keuntungan peribadi.

Lately, dah semakin ramai dan bercambah.
Apa sahaja hujahan agama, fatwa atau ayat Al Quran yang dirasakan secocok dengan tujuan mereka untuk meraih keuntungan (duit, ofkos) akan digunakan sehabis baik.

Ada kereta Islamik yang katanya dipandu uji oleh 1000 imam (so ? lebih selamat ke ? Imam tau apa pasal kejuruteraan kenderaan ?)

Ada "makanan sunnah" yang majoritinya diimport dari luar (walhal makanan sunnah adalah yang terdiri dari makanan yang menyihatkan, halal dan bersih)

Ada juga "perubatan sunnah" dan air jampi "30 juz"  (tak pasti dari mana datang "kesunnahan"nya tu")

Dan yang paling terkenal dan terulung sekali, jual agama untuk kuasa politik. Senang cakap Parti PAS lah. Parti yang katanya dipimpin oleh ulamak. Yang dulunya, MENGKAFIRKAN, sekali lagi saya ulang dengan CAPS LOCK, MENGKAFIRKAN Muslim yang lainnya kerana dikatakan menolak perlaksanaan Hukum Hudud. Tetapi hari ini, PARTI PAS, setelah 20 tahun lebih berkuasa dengan modal penjualan agama dan hukum hakam serta ayat - ayat Al Quran sebagai penyedap ceramah, setelah berjanji ingin melaksana Hudud, akhirnya menyatakan yang perlaksanaan tersebut perlu ditangguhkan kerana pelbagai sebab. Ini adalah lagenda terulung dalam penjualan agama Islam, Pendek kata, ini adalah "Best Seller" sepanjang zaman, Betul - betul legend !

Jika anda ada juga senarai penjualan agama, kongsikan bersama saya diruangan komen, Mana tahu ada lagi taktik terbaru sebab mereka ni kreatif kan ?

IN THE NAME OF GOD, PAY ME MONEY LAH !

Bersama kita berjuang menghapuskan minda bangang !




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. is the islamic car for real??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes it is. But I have never found out what happen after the advertisement is out for public.

      Delete