Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum saya mulakan posting saya, izinkan saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan jangan lupa bayar zakat.
.
Ya, memang dah lama saya tak post apa - apa di sini. Takde idea menulis sebenarnya. Tapi sejak kebelakangan ni saya peratikan yang kita umat Islam di Malaysia ni semakin bertelagah dan huru hara. Macam - macam isu berbangkit sehinggakan benda yang tak pernah jadi isu pun dulu, sekarang ni makin menjadi - jadi.
Seolah - olah kita sedang cuba untuk memarakkan kebencian atas perkara yang dibenci. Mengapa agaknya ?
Adakah disebabkan kita sudah semakin hilang adab, akhlak dan ihsan ?
Adakah disebabkan kita makin jumud dan bangang ?
Adakah disebabkan kita merasakan kita lebih suci dari orang lain ?
Jika Ya, maka sempena Nuzul Al - Qur'an ini, marilah kita sama - sama kembali ke pangkal jalan.
Hidup di atas jalan yang lurus dengan panduan Kitabullah.
.
Berhenti bergaduh dan berdamailah.
.
Jadikanlah Nuzul Al - Qur'an ini sebagai langkah Rennaissance kita, sepertimana terbebasnya Arab Jahiliyah dari kehinaan mereka apabila didatangkan Al - Quran sebagai pedoman dan Nabi Muhammad sebagai Rasul Akhir Zaman.
.
Jadikanlah Ramadan ini Ramadan terbaik bagi semua pembaca blog ini.
.
0 comments:
Post a Comment