Tanjak Emas

menulis....

Antivaxx nak kata apa ?


Yang anda lihat di atas adalah satu kad amaran kesihatan yang sedang giat diedarkan di daerah Kuala Muda. Ini adalah amaran berkenaan difteria.

Difteria ini adalah satu penyakit yang telah pupus di Malaysia. Pupus sebab KKM telah ambil tindakan yang betul dengan memberi vaksin secara berjadual kepada anak - anak demi untuk mencegah difteria dari merebak dan menjangkiti masayarakat awam.

Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, progress yang dilakukan KKM telah diganggu gugat oleh sekumpulan manusia jahil yang perasan pandai, yang telah menghasut sekelompok manusia yang tak kurang jahilnya untuk tidak memvaksinkan anak - anak mereka.


Hasilnya, difteria kembali ke Malaysia sejajar dengan usaha bersungguh - sungguh kumpulan antivaksin, atau lebih suka dikenali dengan nama komersial mat salehnya "ProChoice". Satu kumpulan manusia tidak bertanggungjawab yang menjaja fitnah berkenaan vaksinasi yang akhirnya terbukti memudaratkan dengan berlakunya 1 kes KEMATIAN akibat difteria.

Seperti biasa, kumpulan manusia jahil antivaks dan sekutu - sekutunya berlepas tangan dari sebarang masalah yang dicipta mereka dan melepaskan masalah tersebut untuk ditangani oleh pasukan petugas kesihatan yang selalu diburuk - burukkan dengan pelbagai tohmahan.

Masalah ini diburukkan lagi dengan terupdatenya satu status oleh seorang lagi manusia jahil yang dijunjung masyarakat dengan gelaran 'Imam Muda', yang ternyata tidak mempunyai sensitiviti, akal atau ilmu berkenaan kesihatan. Dengan kata - kata, "Ingatkan dah 90% kematian, rupanya baru 1% dah kecoh", "tak sangka yang kena vaksin ni ada nyawa extra", ini telah menunjukkan kedangkalan hamba Allah tersebut dalam bidang perubatan serta pencegahan penyakit berjangkit.

Kedangkalan ini ternyata menyangkal adage "Mencegah lebih baik dari mengubati" seperti mana yang dianjurkan dalam Islam.

Persoalan yang ingin dikupas disini adalah mengapa masyarakat kita, daripada maju ke depan, kita memilih untuk mundur ke belakang dalam isu pencegahan penyakit berjangkit ?

Mengapa, kaum Melayu terutamanya, begitu mudah sekali mempercayai info - info dari Internet tanpa melakukan sebarang penyelidikan sehingga terpengaruh dengan dakyah songsang yang mengatakan vaksin memudaratkan, tidak halal dan sebagainya.

Dalam isu kehalalan vaksin, saya merasakan kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menyediakan ubatan yang patuh syariah. Tetapi kita selaku umat Islam juga seharusnya bersedia untuk sama - sama menjaga komuniti dengan cara mengambil vaksin seperti yang disarankan.

Janganlah kerana sikap jahil kita, anak - anak kita membayar harganya.
Janganlah kerana sikap pentingkan diri sendiri, masyarakat pula menanggung azabnya.
Dan janganlah kerana kita merasa sedikit sanjungan, maka ianya dijadikan satu sebab untuk kita memperkecilkan usaha orang lain.

Jika anda tak ingin anak anda divaksin, maka sila asingkan anak anda dari bercampur dengan masyarakat.
Sedarlah bahawa anda tidak mempunyai hak untuk membebankan masyarakat dengan pilihan anda.
Jangan dek kerana kejahilan dan keegoan anda, masa depan Malaysia tergadai.

Berentilah jadi bodoh.
Belajar dengar nasihat dari pihak yang ahli,
Rakan - rakan antivax anda di FB takkan mampu membantu atau ambil peduli tatkala anak anda sedang bertarung nyawa kerana difteria.

Fikir - fikirkan.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Yang saya pelik...mak pak dulu divaksinkan..kalau ye pon tak halal dan sebagainya, mak pak masih lagi jadi 'warak' lebih warak dari pak arab pelbagai... tiba dekat anak, dinafikan hak untuk divaksinkan.

    ReplyDelete