Tanjak Emas

menulis....

Dilema Akhbar Melayu




Akhbar bercetak nampaknya semakin menghadapi kelayuan.
Banyak nama nama akhbar yang satu ketika dulu perdana, kini menjadi semakin lemah.
Mengapa begitu ?

Mudah saja kalau ikut skala pemerhatian saya tuan tuan.
Kita tak ada representasi media.

Bayangkan, di Malaysia ni sebagai kaum majoriti, akhbar manakah yang bawak suara orang Melayu sebagai suara peringkat nasional ?
Tak ada.

Suratkhabar Melayu kita ni sibuk membincangkan hal hal pembesar Melayu, artis, golongan Melayu kaya saja. Tak ada ruang untuk suara Melayu marhaen. Tak ada tambahan pengetahuan untuk Melayu marhaen.
.
Kita juga dilambakkan dengan program hiburan loya dan drama memualkan untuk hiburan kita.
Sebagai bangsa yang menunduk kepada keadaan, maka Melayu kita telan hadam semua benda benda 2nd class ni sebagai santapan minda.
Bila minda diberi santapan benda yang 2nd class, maka kebodohan pun akan bertambah berleluasa. Luaskan bebalmu Melayu. Tak bebal takde lah berita artis tak dapat login Instagram pun masuk berita juga.

Bandingkan pulak dengan akhbar Cina macam Sin Chew Daily.
Bacalah artikel didalamnya. Banyak yang membawa suara komuniti Cina.
Membawa peluang komuniti Cina bersuara dalam isu nasional.
Memberi kerajaan lihat feedback kaum Cina secara telus melalui media.

Inilah empowerment yang menyebabkan kaum Cina nampak vokal, nampak bijak dan nampak terkehadapan berbanding kaum majoriti Melayu.

Seruan saya kepada anak bangsa Melayu,
BERHENTILAH BUAT PILIHAN BODOH DAN JADI BODOH.
Mulakan memilih yang berkualiti untuk memajukan minda anak bangsa Melayu.
Berhenti hidup dalam angan angan dan retorik.
Mulakan bersuara. Mulakan bertindak.

Pilihlah untuk jadi Melayu yang bijak.
Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment