Tanjak Emas

menulis....

Idea Pengagihan Zakat


Salamun 'Alaik.

Di Malaysia, umat Islam cukup berhati-hati dalam soal zakat, terutama dari segi pembayarannya. Tak kiralah sama ada zakat fitrah, perniagaan, emas dan perak atau pertanian, alhamdulillah, umat Islam Malaysia tidak pernah cuba untuk melarikan diri atau buat - buat lupa dari membayar zakat.

Namun begitu, walaupun jutaan wang zakat dikutip saban tahun, kita masih lagi mendengar masalah kemiskinan tegar di kalangan umat Islam. Umum mengetahui bahawa zakat dan juga wang infaq adalah ditadbir demi kemaslahatan ummah. Tetapi, mengapakah masalah kemiskinan dan hutang semakin menghimpit ummah ?


Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, adalah kerana kepincangan pengurusan zakat itu sendiri. Penulisan ini bukanlah sesuatu penulisan yang ingin menghentam penguasa zakat, tetapi ianya adalah untuk menambah baik aliran pemberian zakat. Sama ada penguasa zakat ingin menggunakan akalnya dalam mentadbir dan membahagikan wang zakat kepada para asnaf yang layak menerimanya.

Usulan saya akan melibatkan beberapa institusi seperti : -
i) Baitulmal
ii) LHDN
iii) Masjid

Ianya adalah flow yang mudah sahaja : -

1. Baitulmal menjadi tempat mentadbir dan merekod segala urusan keluar masuk wang zakat, perekodan pemberian zakat, dokumentasi pemohon dan juga rangka strategi pengagihan zakat. Kiranya Baitulmal diletak sebagai "Central Command" dalam urusan birokrasi zakat.

2. LHDN pula bertindak untuk memantau keadaan ekonomi si penerima zakat, sama ada layak untuk menerima zakat atau tidak. Ini adalah melibatkan urusan percukaian individu.

3, Masjid pula menjadi frontline dalam permohonan dan pengagihan zakat. Jika zakat boleh dikutip di masjid, mengapa pula ia tidak boleh diagihkan di masjid, kan ? Peranan masjid adalah sangat besar, utama dan kritikal dalam menjadi penghubung antara BaitulMal dan juga komuniti.

Kenapa masjid jadi frontline ?

  • Sebab masjid adalah bangunan yang accessible dan berada di mana - mana sahaja di Malaysia. Ini membolehkan ahli komuniti yang ingin berzakat dan menerima zakat terus ke masjid.
  • Masjid ada dana tabungan sendiri yang dikutip dari jamaah. Kiranya wang dari Baitulmal terlewat, maka masjid boleh dulukan sahaja wang zakat yang patut diterima asnaf dan kemudian claim balik dengan Baitulmal melalui rekod yang ada. Itu pun susah ke ?
  • Masjid juga boleh buat satu rekod semakan secara berkala untuk membantu Baitulmal lebih cepat dalam pengagihan zakat. Sebabnya, masjid lebih dekat dengan komuniti. Takkanlah nak tunggu skuad Zakat Baitulmal sampai baru nak survey kariah siapa yang patut terima kan ? Islam kan proaktif. Lagipun, outreach skuad Zakat tak sehebat outreach yang dijalankan di masjid setempat. Bukan ke ini akan mempermudah urusan zakat ? Takde lah asnaf perlu bertambang nak pegi ke Baitulmal hanya semata - mata nak hantar permohonan yang belum tentu lulus.
  • Masjid boleh sama - sama monitor berapa cepat proses pengagihan zakat. Kiranya masjid ni double up jadi pejabat zakat daerah. Kat masjid pun ada amilkan ? Jadi amil boleh aktif sepanjang tahun, bukan aktif time bulan puasa aje.
  • Killing two birds with one stone. Dengan peranan masjid yang lebih aktif dalam pengagihan zakat, sekaligus boleh tarik orang mendekatkan diri ke masjid, dan menambah persepsi yang masjid boleh jadi tempat mencari bantuan. Bukan setakat tempat ibadat je. Zaman Nabi dulu masjid kan pusat komuniti ?
Flow dia kalau nak diringkaskan camni : -

Apply bantuan zakat
  • Masjid terima application > Masjid pegi buat siasatan awal > Masjid forwardkan application asnaf ke Baitulmal > Masjid akan jadi contact point antara asnaf dan Baitul Mal
Terima wang zakat
  • Bila Baitulmal terima dan luluskan application > Masjid akan terima makluman > Masjid akan maklumkan pada asnaf dan terus beri bahagian zakat yang pertama > Tetapkan tarikh penerimaan zakat setiap bulan supaya teratur > Monitor dan bantu keadaan ekonomi asnaf supaya dia dapat berdikari
Kalau ikutkan memang ringkas, tetapi ia bergantung pada keikhlasan pelaksana dan penguasa zakat untuk implement perkara ni. Dengan teknologi dan infrastruktur yang ada sekarang, perkara ini boleh saja dibuat online dan ini akan mempercepat urusan zakat. Malah, zakat juga boleh dibayar sama ada secara tunai atau ke dalam akaun bank.

Bukan ke perkara ini akan membantu meningkatkan ekonomi Muslim ?
Maka terpulang kita untuk bersama - sama merealisasikan perkara ini.
Meminjam kata - kata Syed Azmi, " Cukup - cukuplah kesian, be a doer"

Bersama kita berjihad membebaskan umat Islam di Malaysia dari perhambaan hutang dan kemiskinan.

Semoga kamu sejahtera hendaknya.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Mengikut perundangan cukai pendapatan, amaun zakat yang dibayar boleh ditolak daripada cukai pendapatan yang kena dibayar. Sebagai contoh, seorang individu yang ditaksir cukai pendapatan sebanyak RM1,000 dan boleh membuktikan bahawa beliau juga telah membayar zakat sebanyak RM1,000 atau lebih bagi tahun berkenaan, beliau tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini juga bermakna beliau tidak menyumbang satu sen pun kepada hasil Kerajaan Persekutuan dalam bentuk cukai pendapatan.

    Cuba fikir-fikirlah implikasi contoh tersebut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan saudara juga, Zakat tidak perlu dibayar oleh semua orang Islam. Ia hanya perlu dibayar oleh Muslim yang berkemampuan sahaja. Isunya disini bukan tentang pembayaran zakat, tetapi pentadbiran zakat dan juga wakaf. Dan zakat hanyalah 2.5% sahaja nilainya, Saya fikir, cukai pendapatan peratusannya adalah lebih tinggi, dan rebate 2.5% akan memberikan impak yang sedikit sahaja, kerana jumlah Muslim yang layak membayar zakat tidaklah begitu besar, kerana Muslim itu sendiri ramai yang miskin.
      Harus difahami bahawa jumlah zakat yang diwarwarkan adalah gabungan dari zakat pendapatan,perniagaan,pertanian dan zakat fitrah.
      Kalau nak dikira bab kurang pendapatan dari percukaian, sebelum menyalahkan zakat adalah lebih baik kita menghentam orang yang melarikan diri dari bayar cukai, kerana nyata mereka ini mengkhianat negara secara terang - terangan.

      Delete
    2. Tiada niat untuk menyalahkan mana-mana pihak, hanya menerangkan keadaan/kedudukan sebenarnya.

      Walaupun kadar cukai pendapatan adalah lebih tinggi sepertimana yang disebutkan, perlu diingati bahawa beberapa potongan/tolakan dibenarkan sebelum cukai dikenakan.

      Delete
    3. Terima kasih atas peringatan dan maaf atas salah penggunaan kata - kata.
      Semoga berkongsi pandangan lagi dengan saya.

      Delete