Tanjak Emas

menulis....

Edisi Lagi Bangang : Takut Palang

Alamak..ada tanda palang ! Agak - agak terpesong tak akidah bila naik ambulans bersimbol palang ni ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini saya melihat sudah wujudnya satu trend 'Palangphobia' di media sosial.
Amat mengejutkan sekali apabila melihat yang mereka - mereka yang dijangkit penyakit palangphobia ini adalah terdiri dari puak yang mengaku mereka Muslim.

Perkara ini semakin menular dengan teruk sehinggakan kejuruteraan binaan rumah yang melibatkan dinding yang dibina seakan berbentuk palang, diertikan seperti membina 'salib'.


Dan ada pulak dari golongan bingai yang berkomen "ni soal akidah, tak boleh dibuat main  - main".

Pendapat saya ?
Betul bangang. Sejak bila pulak yang memandang salib, berhala atau apa - apa sahaja simbol agama lain boleh merosakkan akidah ?

Yang sebenarnya merosakkan akidah adalah apabila kita takut melihat benda - benda terebut dengan alasan takut terpesong. Kerana kita ini seharusnya berlindung dengan nama Allah. Buat apa takut dengan benda - benda makhluk, apabila Allah itu pelindung yang kita yakini ( jika yakinlah) Maha Perkasa !

Dulu, takut holy water.
Sekarang, takut salib.

Bila nak takut Allah ?

Kamu kata kalau lihat salib, akidah kamu rosak, boleh jadi terpesong ?
Kalau gitu, apehal dengar azan 5 kali sehari, masjid tak penuh pun, terutama waktu Subuh ?

Sudah - sudahlah menghinakan Islam dengan kebodohan kamu.
Ianya nampak 'memesongkan' pemahaman yang bukan Islam terhadap Islam yang suci ini.

Islam bukan untuk orang bodoh.

Mana dia ulama yang nak jadi pewaris para Nabi tu ?
It's high time kamu keluar dari kepompong kamu dan sedarkan umat akhir zaman yang semakin bangang ni.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Masyarakat melayu yang mudah melatah. Apakah iman mudah tergoncang dgn bentuk seakan akan salib? Kadang2 bila diri terasa lebih alim dari orang lain, bila dipersoalkan dia kata kita ni terlalu liberal. Iman bukan ditunjukkan sekadar berjuang membuang menolak salib. Semua ni terjadi apabila orang Islam melayu ni berasa dah cukup islamik bila selalu dengar ceramah, tak kisahlah ikut YouTube atau secara langsung, sedangkan Quran sebagai panduan hidup tak pernah cuba dipelajari dan difahami.
    Benarkah ada provokasi atau sekadar bentuk binaan 'menyerupai' salib tetapi bukan salib? Hanya Allah yang mengetahui niat seseorang, dan kita sebagai manusia tidak berhak untuk membuat andaian tanpa berlandaskan fakta.
    Itulah yang menyebabkan umat Islam makin mundur dan jumud. Masyarakat bukan Islam makin maju dengan sains dan teknologi tetapi masyarakat kita sibuk berbicara tentang bentuk seakan akan salib.
    Mufti dan so called ulama pun jadi bisu, sepatutnya polemik ni dihentikan dan tugas mereka adalah memahamkan masyarakat kita bahawa takde salahnya pun dengan bentuk macam tu. Yang penting adalah iman dan takwa dalam diri, yang boleh diperolehi dgn memahami kandungan Quran, bukan menjerit menentang bentuk macam salib. Tetapi, apa yang boleh diharapkan dari mufti dan so called ulama, sebab depa pun bukan cerdik sangat, kebanyakan drop out yang tak reti tentang sains, ekonomi dan teknologi, pegi belajar agama, buat fatwa ikut kepala sendiri yang dah tentu jumud, pastu ajar pula orang lain yang jahil supaya jumud macam mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tetapi, apa yang boleh diharapkan dari mufti dan so called ulama, sebab depa pun bukan cerdik sangat, kebanyakan drop out yang tak reti tentang sains, ekonomi dan teknologi, pegi belajar agama, buat fatwa ikut kepala sendiri yang dah tentu jumud, pastu ajar pula orang lain yang jahil supaya jumud macam mereka."

      Pendapat paling tulus ikhlas yang saya pernah dengar.
      Unfortunately, that is the truth.
      Yang bodoh, ikut membuta tuli.
      Yang bijak, biasanya akan melawan dan jadi terasing.

      Maka bergembiralah orang - orang yang terasing.

      Delete
  2. May I add something,

    1) guns don't kill people, people kill people
    2) religion is never a problem, it is the people

    ReplyDelete
  3. Sila rujuk perbincangan aku dengan orang lain yang perasan lebih islamik dari orang lain di sini.

    http://celahgelegar.blogspot.my/2015/12/pertahankan-islam-kerja-bodoh-khairy.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Ini lagi bangang => 2 tahun lepas, ada lapuran tentang gambar anjing (chihuahua) tersembunyi dalam handphone samsung original. Maka dilapurkan akan adanya agendi yahudi supaya orang islam berhati-hati kerana dikhuatiri merosakkan akidah. Ini kebangangan yg tidak boleh diselamatkan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Saya juga pernah menerima mesej berantai dalam Whatsapp. Ini merupakan kebebalan umat Islam. Bangang apakah bila ada gambo anjing dalam henpon maka ianya merosakkan akidah ? Barangkali jika akidahnya senipis kulit bawang, mungkin rosak. Cuma tak pasti bagaimanakah haiwan boleh merosakkan akidah, melainkan akidah manusia yang tidak mahu menggunakan akal !

      Delete