Apa Nak Jadi Dengan Melayu ?



Satu ketika dulu, Melayu ni boleh la dipanggil bangsa yang bertamadun. Tinggi akhlaknya, bijak, ada keperibadian dan ada integriti.

Tetapi kalau kita perasan, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, keadaan bangsa Melayu ini sudah menjadi semakin teruk. Sudah la tertinggal jauh dibelakang dalam pelbagai lapangan, ditambah pulak dengan sikap bodoh sombong, dah tentu jadi lagi parah.

Antivaxx nak kata apa ?


Yang anda lihat di atas adalah satu kad amaran kesihatan yang sedang giat diedarkan di daerah Kuala Muda. Ini adalah amaran berkenaan difteria.

Difteria ini adalah satu penyakit yang telah pupus di Malaysia. Pupus sebab KKM telah ambil tindakan yang betul dengan memberi vaksin secara berjadual kepada anak - anak demi untuk mencegah difteria dari merebak dan menjangkiti masayarakat awam.

Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, progress yang dilakukan KKM telah diganggu gugat oleh sekumpulan manusia jahil yang perasan pandai, yang telah menghasut sekelompok manusia yang tak kurang jahilnya untuk tidak memvaksinkan anak - anak mereka.

Salam Nuzul Al - Qur'an





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya mulakan posting saya, izinkan saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan jangan lupa bayar zakat.
.
Ya, memang dah lama saya tak post apa - apa di sini. Takde idea menulis sebenarnya. Tapi sejak kebelakangan ni saya peratikan yang kita umat Islam di Malaysia ni semakin bertelagah dan huru hara. Macam - macam isu berbangkit sehinggakan benda yang tak pernah jadi isu pun dulu, sekarang ni makin menjadi - jadi.

Seolah - olah kita sedang cuba untuk memarakkan kebencian atas perkara yang dibenci. Mengapa agaknya ?

3 bulan sunyi dan kini kembali !

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kini saya kembali berblogging semula setelah hampir 3 bulan tidak langsung mengepost apa - apa di blog ini, Kekeringan idea menulis, timbunan tugasan yang banyak dan pengisian dengan pelbagai urusan menyebabkan progress memblogging disini terbantut.
Pada yang menunggu atau rajin melawati blog ini untuk post terbaru, saya ucapkan terima kasih dan saya pohon maaf atas kesenyapan saya.

Edisi Lagi Bangang : Takut Palang

Alamak..ada tanda palang ! Agak - agak terpesong tak akidah bila naik ambulans bersimbol palang ni ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini saya melihat sudah wujudnya satu trend 'Palangphobia' di media sosial.
Amat mengejutkan sekali apabila melihat yang mereka - mereka yang dijangkit penyakit palangphobia ini adalah terdiri dari puak yang mengaku mereka Muslim.

Perkara ini semakin menular dengan teruk sehinggakan kejuruteraan binaan rumah yang melibatkan dinding yang dibina seakan berbentuk palang, diertikan seperti membina 'salib'.

Bersama Timbalan Presiden UMNO - Kelab Sultan Sulaiman 7 Dis 2015

HashTag #ExMuslim...pandangan anda ?


Saya kongsikan dengan anda .
Bersama kita fikirkan kenapa sampai begini ?
Salah Yahudi / Israel, atau salah umat Islam sendiri ?