Assalamualaikum !
Alhamdulillah kini saya kembali aktif menulis selepas 2 tahun menyepikan diri dari dunia blogging. Hiatus 2 tahun ini memberikan pelbagai advencer baru yang penuh dengan cabaran yang satu masa dulu tak pernah saya terfikir.
Alhamdulillah juga kerana pimpinan Kerajaan Malaysia telah pun berubah kepada yang lebih baik. Rejim pimpinan lama yang korup telah pun kita tendang dan kini era baru telah pun bermula di Malaysia. Kita mengharapkan masa depan yang lebih cerah, baik dan gemilang untuk rakyat Malaysia.
Jutaan terima kasih saya ucapkan khasnya kepada Tun Dr Mahathir, selaku katalis kepada perubahan ini. Tanpa kegigihan, dayatahan dan kebijaksanaan beliau, maka perubahan sebesar ini agak sukar berlaku. Namun kita harus kekal fokus yang niat kita adalah mahukan perubahan, dan bukan mencari kesempurnaan. A breath of fresh air.
Jujur saya katakan sepanjang menyepi dalam tempoh hampir 2 tahun ini, banyak perkara yang saya pelajari dan ingin saya kongsikan terutama berkenaan bangsa Melayu saya, khazanah ilmu lama dan isu - isu yang menarik minat saya.
Blog ini juga akan dikemaskini dengan lebih teratur dan lebih berinformasi, insya Allah.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan.
Semoga dengan kehadiran Aidil Fitri kali ini akan membawakan satu sinar baharu kepada Malaysia.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment