Tanjak Emas

menulis....

Apa Nak Jadi Dengan Melayu ?



Satu ketika dulu, Melayu ni boleh la dipanggil bangsa yang bertamadun. Tinggi akhlaknya, bijak, ada keperibadian dan ada integriti.

Tetapi kalau kita perasan, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, keadaan bangsa Melayu ini sudah menjadi semakin teruk. Sudah la tertinggal jauh dibelakang dalam pelbagai lapangan, ditambah pulak dengan sikap bodoh sombong, dah tentu jadi lagi parah.


Melayu hari ni tak lagi sedar yang tanah mereka hampir semuanya tergadai.
Jangan sibuk salahkan Kerajaan dan Parti Politik Melayu saja. Atau pemimpin Melayu saja. Yang salah sebenarnya adalah bangsa Melayu itu sendiri. Salah sikap dan salah mentaliti.
Terlalu bergantung pada orang lain untuk mencorak masa depan bangsa.
Sikit - sikit, salahkan kerajaan. Sikit - sikit salahkan menteri. Sikit - sikit salahkan parti politik.
Atas alasan, mereka - mereka ini dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu.

Padahal, yang kamu Melayu yang bukan Menteri, bukan Kerajaan ni buat apa ?
Goyang telur sambil mengharapkan orang - orang lain melindungi Melayu ?
Padahal kamu bukan tak nampak yang cabang ekonomi dikuasai oleh bangsa Cina secara majoriti.
Kamu - kamu yang sibuk berketuanan Melayu ni sendiri pun bekerja dengan Cina. Anak - anak kamu juga bekerja di syarikat milikan Cina. Malah kamu sendiri bedal duit rasuah yang diberikan Cina. Tak malukah kamu bila kamu salahkan yang lain atas kelemahan sikap kamu ? Atas kemalasan kamu ? Atas ketamakan kamu ?

Sedar tak kamu yang bangsa Melayu hari ni lemah, tak macam zaman nenek moyang kita dulu, sebab kita ni bergantung pada orang lain ? Kita tak ada sifat kendiri. Semua nak orang buatkan, semua nak orang sediakan. Tak dapat, complain. Buat cerita sedih. Buat cerita dizalimi. Mintak kesian. Tak dapat jugak ? Mengamuk.

Tu jelah.
Tapi masa kita gadai tanah ke Cina, kita tak pulak tanya orang - orang keliling apa pendapat dorang.
Masa kita makan rasuah, tak pulak kita fikir masa depan anak - anak kita.
Masa kita diampu orang, dipanggil "Tuan" dan "Boss", tak de pulak kita nak gunakan untuk bantu diri kita dan orang lain.

Bila kena pijak, tak berani melawan pulak. Dengan sesama Melayu, bukan main lagi.

Melayu kita ni nak apa sebenarnya ?

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment