.
Atheis: “Pada tahun berapa Tuhanmu dilahirkan?”
Abu Hanifah: “Allah berfirman: “Dia (Allah) tidak melahirkan dan tidak dilahirkan.”
Atheis: “Pada tahun apa Dia berada?”
Abu Hanifah: “Dia berada sebelum adanya segala sesuatu.”
Atheis: “Kami mohon diberi contoh yg lebih jelas dari kenyataan.”
Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka empat?”
Atheis: “Angka tiga.”
Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka tiga?”
Atheis: “Angka dua.”
Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka dua?”
Atheis: “Angka satu.”
Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka satu?”
Atheis: “Tidak ada angka (kosong).”
Abu Hanifah: “Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa kamu hairan kalau sebelum Allah yang Maha satu yang hakiki, tidak ada yang mendahuluiNya?”
.
.
2. Apa Maksud ‘Allah Menghadapkan Wajah’?
.
Atheis: “Ke mana Tuhanmu menghadapkan wajahNya?”
Abu Hanifah: “Kalau kamu membawa lampu digelap malam, ke mana lampu itu menghadapkan wajahnya?”
Atheis: “Ke seluruh penjuru.”
Abu Hanifah: “Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Taala, nur cahayanya langit dan bumi?”
.
.
3. Zat Allah
.
Atheis: “Tunjukkan kepada kami tentang zat Tuhanmu; Apakah ia benda padat seperti besi atau cair seperti air atau mengewap seperti gas?”
Abu Hanifah: “Pernahkah kamu menghadapi orang sakit yang akan meninggal?”
Atheis: “Pernah..”
Abu Hanifah: “Sekejap dia berbicara dengan kamu dan menggerak-gerakkan anggota tubuhnya. Kemudian tiba-tiba diam dan tidak bergerak. Nah! apakah yang menimbulkan perubahan itu?”
Atheis: “Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.”
Abu Hanifah: “Adakah waktu keluarnya roh tersebut kamu masih berada di sana?”
Atheis: “Ya, masih ada.”
Abu Hanifah: “Ceritakanlah kepadaku, apakah roh itu benda padat seperti besi atau cair seperti air atau mengewap seperti gas?”
Atheis: “Entahlah, kami tidak tahu.”
Abu Hanifah: “Kalau kamu tidak mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana kamu dapat memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Taala?”
.
.
4. Di mana Allah?
.
Atheis: “Di manakah agaknya Tuhanmu itu berada?”
Abu Hanifah: “Kalau kami membawa segelas susu segar ke sini, apakah kamu yakin, kalau dalam susu ini terdapat zat minyaknya (lemak).”
Atheis: “Tentu.”
Abu Hanifah: “Tolong perlihatkan kepadaku, di mana adanya zat minyaknya itu (lemak)?”
Atheis: “Membaur dalam seluruh bahagiannya.”
Abu Hanifah: “Kalau lemak yang makhluk itu tidak mempunyai tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak kamu meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Taala?”
.
.
5. Takdir Allah
.
Atheis: “Kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, lalu apa yang Tuhanmu buat sekarang?”
Abu Hanifah: “Ada pekerjaanNya yang dijelaskan dan ada juga yang tidak dijelaskan.”
Atheis: “Kalau ada orang yang masuk syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Mengapa di syurga kekal selamanya?”
Abu Hanifah: “Hitungan angka pun ada awalnya tapi tidak ada akhirnya.”
Atheis: “Bagaimana kita dapat makan dan minum di syurga tanpa buang air besar dan kecil?”
Abu Hanifah: “Kamu sudah mengamalkannya ketika kamu berada di dalam perut ibu kamu. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air besar atau air kecil di sana. Tetapi selepas di lahirkan baru kita membuang dua hajat tersebut.”
Atheis: “Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak habis-habisnya jika dengan dinafkahkan?”
Abu Hanifah: “Allah juga mencipta sesuatu di dunia, ya bila dinafkahkan malah akan bertambah banyak seperti ilmu. Semakin diberikan ilmu kita semakin berkembang dan tidak berkurang.”
Atheis: “Entahlah, kami tidak tahu.”
Abu Hanifah: “Kalau kamu tidak mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana kamu dapat memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Taala?”
.
.
6. Bukti Adanya Allah.
.
Atheis: “Perlihatkan kepada aku bukti wujudnya Tuhanmu.”
Abu Hanifah berbisik kepada khadamnya supaya mengambil tanah liat lalu dilemparkannya tanah liat itu ke kepala pemimpin orang atheis itu. Para hadirin gelisah melihat peristiwa itu, khuatir terjadinya pertelingkahan. Tetapi Abu Hanifah menjelaskan bahawa hal ini dalam rangka untuk menjelaskan jawapan yang diminta kepadanya. Hal ini membuat orang atheis mengerutkan dahi.
Abu Hanifah: “Apakah lemparan itu menimbulkan rasa sakit di kepala anda?”
Atheis: “Ya, tentu saja..”
Abu Hanifah: “Di mana letaknya sakit itu?”
Atheis: “Ya, ada pada lukaku ini.”
Abu Hanifah: “Tunjukkanlah kepadaku kalau sakitmu itu memang wujud, baru aku akan menunjukkan kepadamu di mana wujudnya Tuhanku.”
.
Kaum atheis tidak dapat menjawab dan tentu saja tidak dapat menunjukkan rasa sakitnya kerana itu adalah suatu rasa dan ghaib tapi rasa sakit itu memang ada.
.
Atheis: “Baik dan buruk sudah ditakdirkan sejak azali, tetapi kenapa ada pahala dan siksa?”
Abu Hanifah: “Jika anda sudah mengerti bahawa baik dan buruk itu sebahagian daripada takdir, mengapa pula kini anda menuntut agar aku dihukum kerana telah melemparkan tanah liat ke dahi anda? Bukankah perbuatanku itu sebahagian dari takdir?”
.
Akhirnya perdebatan itu berakhir dengan masuk Islamnya para atheis tersebut di tangan Imam Abu Hanifah r.a.
********************************************************************************
Menarik bukan perdebatan antara Imam Abu Hanifah dengan puak atheis tadi ?
Dan jawapan yang diberikan oleh Imam Abu Hanifah juga tidak banyak memetik dari Al - Qur'an, tetapi hujahannya adalah berdasarkan logik akal yang tidak dapat disangkal.
Jadi kenapa pula mengatakan yang "Islam tidak boleh ditafsirkan dengan menggunakan akal ?"
Bukankah akal itu kurniaan Allah dalam membuat penafsiran, dan berfikir itu merupakan satu nikmat besar kepada hambaNya ?
Jadi mengapa nafikan peranan akal dalam memandu kehidupan dan memahami Islam ?
Mengapa begitu takut dengan menggunakan akal ?
Mengapa tidak pula takut dengan mereka "yang tidak menggunakan akal ?"
Fikirkan dengan akal.
dialog diatas tu bukan tafsir saudara tetapi kebijaksanaan ulama islam memproses ilmu yang benar dan menyampaikannya dengan wisdom...dengan izin Allah
ReplyDeleteJadi kenapa pula mengatakan yang "Islam tidak boleh ditafsirkan dengan menggunakan akal ?"
soalan saudara diatas pula sangat weird
saudara nak tafsir islam dengan aqal atau nak tafsir hukum yang telah termaktub dalam quran dengan aqal ? sila perbetulkan demi kesejahteraan iman pembaca blog saudara
...soalan saya jika kentut kena wuduk semula,
aqal yang sihat akan tanya kenapa wuduk..basuh semua anggota wuduk...
basuhlah bontot sahaja ...itu yang punca keluarnya kentut
itulah aqal...dan saudara sarankan kita tafsir ikut aqal ??? begitukah ???
saya tunggu jawaban saudara.
....saya minat semua tulisanm saudara tapi apabila minda dan iman saya dicabar tolong bersangka baik dan kita berbincang secara harmoni.
-kurung-
Mohon saya memberi pendapat... saya rasa adalah lebih tuan Kurung Biru bersederhana daripada cuba menempelak dan mengajak tuan punya blog berdebat.
DeletePada pendapat saya orang melayu Islam sudah terlalu taksub tentang soal agama dan tidak lg mengamalkan toleransi sesama Islam .. mana lg dengan yg bukan Islam.
Islam bukan sesuatu yg dipaksa. ... Orang kita terlalu beralih kepada Arab.. pada hal orang Arab adalah bangsa yg tidak membawa tamadun apa2... mereka melarang segalanya kpd kaum wanita mereka.. tetapi sebaliknya mereka enjoy disana sini..
We must learn from the west about value in life.... tidak semestinya kita akan jadi kafir or less Islam.
All muslim countries so called following Islamic Value are considered failed states... bergaduh sesama sendiri ..perang dan hancur.
But look at Turkey.... its one of the best countries with solid economy and military ... they are modern but yet remain as Muslim. Tapi the so called Muslim scholars have been implanting in the mind of others that Turkey is a secular country lah... not Islamic lah.. Kamal Atartuk was planted by Jew lah... blah.. blah.... all the negative things ....thats what Muslims good at - condemning other Muslim people.
It's a syndrome of I am holier than thou..
Deleteorang tak berakal sahaja bicara bab kentut. Tidak ada perbincangan mengenai hukum. Cuba faham & baca berulangkali tajuk. LOGIK ISLAM, bukan logik hukum. Kalau keliru, mungkin nawaitu membaca tulisan in tak betul. Betul kan niat, buka hati, insyaallah dapat memahami isu Logik Islam menggunakan akal. Wallahua'lam
DeleteAssalamualaikum
DeleteSaudara Kamarudin Khalil, bersetuju saya kepada pandangan saudara. Tidak mengikuti budaya ke Arab an, tidak bermakna kita bukan Muslim. Dan memandang kepada dunia Barat juga tidak bermakna kita akan kafir. Sedar atau tidak, ketika Timur Tengah dan negara - negara Arab bergolak, seringkali kita ketemukan orang - orang Arab yang menjadi pelarian atau migrate ke negara - negara Kafir di Barat. Jarang sekali kita lihat mereka ni migrate ke pelosok Tanah Arab sedangkan ia sepatutnya lebih mudah. Malang sekali ramai di antara kita yang tinggal dalam balang kaca untuk memandang sejauh itu.
Saudara MM Nixsoft System, ini penyakit orang - orang yang 'perasan beragama'. Orang - orang yang hatinya selalu pada agama, sikapnya bermuhasabah dan merendah diri, kerana imannya tinggi.
Saudara yasser affendy, terima kasih kerana memahami yang penulisan saya kali ni adalah berkenaan hukum dan deduction yang dibuat untuk menentukan sesuatu hukum. Adalah sangat rare untuk saya mendapatkan seorang pembaca yang terus pergi ke inti penulisan seperti saudara. I am honored. Yang ingin saya utarakan dalam dialog tersebut adalah bagaimana Imam Abu Hanifah mempunyai thought process yang begitu jernih sehinggakan jawapan beliau dengan menggunakan logik akal tidak dapat dipatahkan sang ateis. Jadi rugikah kita apabila meneladani satu kebaikan ? Salahkah kita jika kita nak berfikir seperti mana yang dilakukan Imam Abu Hanifah ?
saudara kamaruddin khalil,
Deleteapabila saudara hanya menggunakan external knowlege untuk memuja negara turki sekular maka itulah padahnya . sedangkan internal knowledge saudara kosong, buta, tiada curahan nur dari Allah. samalah seperti dajjal celek mata kirinya, buta mata kanannya...melihat hanya dengan satu mata....mata dunia, mata material mata yang jauh dari hidayah....mata kedua, mata hati buta.
satu masa nanti akan berlaku perang saudara di negara turki tersebut antara mereka yang celik kedua matanya dan buta sebelah mata...demi untuk bebaskan negara sekular tersebut, negara hamba kpd pakatan NATO-amerika, negara pakatan zionis - kristian yang terang lagi bersuluh
saya tak minat bicara bab kentut disini, itu hanya tamsilan...harap maklum
Mr MM Nixsoft System
DeleteJawab soalan saya,
saudara percaya Allah itu ada ?
Jika percaya, jawab soalan saya, dimanakah Allah ?
Jika tak percaya, buy buy..peace no war
saudara yasser affendy,
Deletesoalan dari penulis ( tulisan bold warna merah ) ie mengapa mengatakan Islam tidak boleh ditafsir dengan aqal ? itulah yang memeranjatkan saya. Istilah islam itu luas....adakah termasuk konteks hukum dsbnya...
ya sy akui sy agak skeptikal dgn penulis
mmg ada beza logik aqal dan logik hukum. maaflah penulis ya...
saya lebih gembira jika tajuk penulis adalah...AQAL DISINARI NUR ALLAH VS AQAL TANPA NUR....
salam.
saudara yasser affendy,
Deletesoalan dari penulis ( tulisan bold warna merah ) ie mengapa mengatakan Islam tidak boleh ditafsir dengan aqal ? itulah yang memeranjatkan saya. Istilah islam itu luas....adakah termasuk konteks hukum dsbnya...
ya sy akui sy agak skeptikal dgn penulis
mmg ada beza logik aqal dan logik hukum. maaflah penulis ya...
saya lebih gembira jika tajuk penulis adalah...AQAL DISINARI NUR ALLAH VS AQAL TANPA NUR....
salam.
Mr MM Nixsoft System
DeleteJawab soalan saya,
saudara percaya Allah itu ada ?
Jika percaya, jawab soalan saya, dimanakah Allah ?
Jika tak percaya, buy buy..peace no war
Kurung biru merepek dah. Itulah sindrom holier than thou, dia sorang je orang beriman. Orang yang jumud dan perasan dia lebih Islam dari orang lain ada penyakit hati. Pergilah berubat dulu.
DeleteSaya tak pernah nak fikir Allah tu ada kat mana, kalau kepercayaan kita cukup, cukuplah percaya dia lihat kita, itu sifat ihsan.
Belajarlah merendah diri, sifat sombong dan bongkak tu adalah sifat iblis, tu dari firman Allah.
ini bukan sindrom holier than thou..ni sindrom pak turut.
Delete"...soalan saya jika kentut kena wuduk semula,
ReplyDeleteaqal yang sihat akan tanya kenapa wuduk..basuh semua anggota wuduk...
basuhlah bontot sahaja ...itu yang punca keluarnya kentut
itulah aqal...dan saudara sarankan kita tafsir ikut aqal ??? begitukah ???"
Untuk kurung biru,
Sebenarnya anda salah dalam membuat taakulan.
Aqal yang sihat tidak akan bertanya soalan sebodoh itu kerana ia telah ada jawapannya, jika tuan punya akal tadi menggunakan akalnya untuk mencari jawapan.
"Jika kentut, maka bontot yang perlu dibasuh dan bukan semua anggota wuduk, kerana kentut itu keluar dari bontot" - Ini persoalan yang pernah diutarakan dalam satu ceramah agama yang saya pernah dengari di kuliah. Jawapan yang saya terima adalah mudah dan ingin saya kongsikan :
"Walaupun angin kentut tadi keluar dari dubur, tetapi kehendak bersuci itu adalah seperti yang ditakrifkan mengikut mazhab yang ada sekarang ini. Jika kita hendak memikirkan logiknya mengapa muka dibasuh sedangkan kentut tadi terlepas dari dubur, kerana apabila kejadian tersebut berlaku, maka mukalah yang malu. Jika anda terkentut dikhalayak ramai dan didengar orang banyak, yang malu muka, bukan bontot. Jadi kerana itulah penyucian dimulakan dengan membasuh muka, dan kemudiannya diteruskan kepada bahagian - bahagian sah wuduk".
Mungkin anda juga boleh membantu mencari jawapan dari Guru anda berkenaan perkara ini, memandangkan anda begitu minat berkenaan hal agama dan saya pasti anda telah ada jawapan kepada persoalan asas yang anda tanyakan.
Mohon kongsi jawapan anda.
saya hanya bagi tamsilan, bukan mohon jawaban dari aqal saudara yang sihat. memang susah untuk penetrate saudara sesusah saudara ingin penetrate saya. selalu tersasau....
Deletea wide acceptance of an idea is not a proof of validity.
ReplyDelete2:170 When they are told, "Follow what God has revealed herein," they say, "We follow only what we found our parents doing." What if their parents did not understand, and were not guided?
2:171 The example of such disbelievers is that of parrots who repeat what they hear of sounds and calls, without understanding. Deaf, dumb, and blind; they cannot understand.
Masalah umat Islam sekarang, mereka bukan ikut ajaran Quran, tapi mereka hanya mengikut apa yg telah diajar orang lain, yang semestinya tak maksum. Amalan atas dasar ikutan.
DeletePermasalahan kedua, Quran dibaca, dilagukan tanpa memahami makna. Quran adalah panduan untuk sekelian manusia, sudah tentu kita perlu memahami isi kandungannya. Masalah umat Islam dihari ini, pemahaman tentang Islam hanya didapati dari pihak ketiga, sedangkan Quran tu adalah pihak pertama yang perlu didalami maknanya.
Setuju benar dengan pendapat saudara.
DeleteBukankah perbuatan ritual dan ikut - ikutan itu sepertinya perlakuan kaum yang menyembah berhala ?
Dan bukankah memahami, menghayati dan menafsirkan al Quran itu bermula dengan memikirkan bait - bait ayat Al - Quran itu dengan menggunakan akal ?
Terima kasih atas keterbukaan saudara melontar hujah yang amat tepat.
Alhamdulillah, jika kita punya ramai Muslim yang seperti saudara, pastilah kita tidak ketinggalan di belakang.
teruskan penulisan..
DeleteSaudara Kurung Biru,
ReplyDelete1stly its Kamarudin Khalil & bukan Kamaruddin Khalil.... its ok but it shows...
Saya tidak memuja Turki semata2 .. tetapi saya memuja segala yang baik dan praktikal untuk makhluk sejagat... what more to my fellow Muslim brothers and sisters.
Kenapa harus beriya2 untuk menegakkan apa yang tuan rasa betul? Memang terlalu banyak perkara yang betul di dunia ini tetapi juga ada banyak cara yang lebih baik untuk menyampaikan perkara yang betul.
Life is simple..
Agreed.
Delete