Yup.
This guy.
Moshe Kai Cavallin, berusia 17 tahun, dan bekerja di NASA dalam projek pembinaan drone.
Menamatkan pengajian di Kolej Komuniti East Los Angeles dengan 4.0 GPA dan akan menamatkan pengajian di UCLA dalam usia 14 tahun. Dalam usianya yang muda, beliau dah pun diterima bertugas di NASA untuk mengkaji satu penyelesaian bagi mengelakkan dari drone berlanggar sesama sendiri di udara.
Hebat bukan ?
Inilah orang yang memanfaatkan penggunaan akal ke tahap yang terbaik.
Bayangkan jika kita mampu mendidik generasi kita yang seterusnya supaya bermentaliti seperti beliau.
Mentaliti fokus dan berdaya usaha yang tinggi.
Tak perlu kabel, tak perlu tongkat, tak perlu hak istimewa dan tak ada 'inferiority complex'.
Berlumba - lumba memajukan diri ke arah kebaikan.
Bangga bukan, kalau anak Melayu kita diangkat kerana usahanya ?
Bangga bukan, kalau anak Melayu itu berjaya di luar, di tempat yang majoritinya bukan Melayu ?
Tetapi adakah kita sedang menuju ke sana ?
Kepada kejayaan yang bisa menggegarkan rasa iri hati bangsa - bangsa lain ?
Atau ke arah kegagalan teruk yang boleh menghinakan bangsa kita ?
Sama - sama kita fikirkan dan mulakan satu langkah baru.
Ke arah kemajuan dan menuju kejayaan.
Di malaysia ramai yang rela menahan todak dengan betis. Ikut petua "Raja"...dan orang atas..."istana"...dari .mendengar petua seorang "hang nadim".....ramai "hang nadim" diluar sana tak berani menonjolkan diri takut " dibunuh "..kerana didengki lebeh cerdik dan pandai...
ReplyDelete