Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarganya.
Semoga pada pagi Jumaat ini kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat Allah Ta'ala, dilapangkan dada dan dimudahkan rezeki hendaknya.
Isu perkahwinan selalunya memberatkan fikiran orang - orang bujang kita pada masa ini. Belanja, prosedur dan proses kahwin menjadi satu bebanan besar yang sangat - sangat memberatkan minda. Kadang kala kesian juga saya tengokkan orang - orang bujang kita yang berusaha mengumpul belanja kahwin semata - mata kerana nak mengelak dari zina. Tapi tak kurang juga yang dah give up dan jadi ke lain pulak.
Dalam hal ini suka saya mengambil pendirian mempertimbangkan keadaan. Sebagai seorang yang pernah bujang dan kini dah pun beranak pinak. tak banyak sikit saya pun ada pengalaman juga pasal nikah - kahwin, walaupun cuma baru sekali :) .
Pertama sekali dari sudut pandang orang bujang.
Perkahwinan ini yang paling perit sekali adalah belanjanya. Majoriti dari orang kita kalau bab belanja kahwin memang 'berderap' kalau ditanya. Sebab kebanyakannnya terlebih adat dari agama. Memanglah sembangnya mudah. "Alah, yang belanja banyak tu membazir, tak ikut agama", "jangan lebihkan adat sangat, utamakan syarak dulu". Ini semua bukan sembang realiti. Hakikatnya, berapa ramai ibu bapa zaman ini yang sanggup menikahkan anak mereka dengan bermaharkan senaskhah Al - Qur'an, tanpa hantaran lain, tanpa majlis grand gilang - gemilang "untuk raikan bersama sanak saudara", tanpa karaoke segala ? Realitinya, TAK RAMAI. Hanya golongan minoriti sahaja yang walk the talk. Yang lain, sama aje. Sembang pungpangpungpang macam nak runtuh pasal syarak, pasal sunnah, pasal kewajipan, last - last kelaut. Hantaran 10 000 sebab anak aku sekolah tinggi, sebab aku besarkan anak - anak aku elok - elok, sebab aku nak tengok bakal menantu bersungguh ke tidak. Itu baru hantaran, belum masuk belanja majlis. La ni upah tukang masak pun satu kepala sudah RM 12.00 (tanpa GST).
Jadi dengan belanja yang tinggi, manalah orang - orang bujang kita terdaya nak menikah ? Dan orang - orang bujang kita pun bukanlah malaikat yang tak bernafsu. Lama - kelamaan itu yang jadi benda yang bukan - bukan. Jadi zina, jadi anak luar nikah. Nak kahwin belanja mahal, banyak cekadak pulak. Tak kahwin, air dah naik ke kepala. Yang iman tujuh petala bumi barangkali boleh tahan, tapi yang iman selipar jepun barangkali berat sikit.
Kita bukan nak menangkan zina ke apa, tapi timbang rasalah. Fikir - fikirkan juga anak - anak kita ni. Zaman 50,60,70 dulu cabaran lain berbanding zaman millenium ni. Zaman 50,60,70 dulu nak bawak anak dara orang keluar kena fikir 10 kali takut orang bercakap. Zaman millenium ni orang tak larat hadap dah sebab buat baik kena umpat buat jahat kena keji.
Itu baru kira belanja duit, tak kira lagi masa yang nak dihabiskan pergi kursus kahwin (cuti 1 hari), kemudian pergi blood check untuk HIV (cuti 1 hari lagi), dapatkan signature dari Kariah terdekat untuk status bujang dan kemudian ke Pejabat Agama untuk submit dokumen (cuti 1 hari lagi). Kalau kena pasangan dekat atau satu negeri, untunglah. Kalau kena yang satu kat utara, satu lagi kat selatan, kena masuk kira kos transportation pulak. Selesai dokumen dan dapat kebenaran bernikah, kena pulak pegi booking jurunikah. Lepas tu barulah boleh buat urusan lain macam tempah kad, khemah, jemput kaum kerabat dan lain - lain urusan bersangkut paut. Kesian bakal pengantin ke sana ke mari nak kahwin. Saya sendiripun hilang 17 kilo dalam tempoh 2 minggu sebelum majlis sebab stress sangat. Jadi macam mana la orang - orang bujang kita nak kahwin ? Bukan main susah nak menghadap urusan rasmi. Urusan yang orang keliling bercakap, tekanan keluarga nak buat itu ini, berpelamin, berarak, berkaraoke bagai tak masuk kira lagi. Kesian bakal pengantin kita.
***
Kalau ada yang pikir gitu, jangan banyak complaintlah. Dan jangan berbual Islamik sangat, sebab sebenarnya kalau betul - betul ikut Islam, nikah - kahwin jadi sangat mudah.
Selesai bab sudut pandang orang yang bakal berkahwin. Masuk round 2.
***
Round 2 : Sudut pandang orang tua - tua.
Dari sudut pandang orang tua - tua pulak, perkahwinan ni satu dari event besar dalam kehidupan, maka hendaklah adat dan syarak berjalan serentak. Kalau orang tua - tua dulu, syarak jalan dulu baru adat, tapi orang tua - tua zaman sekarang ni dia lain macam sikit. Itu pasal ada pre-wed segala. Jadi bila nak jalankan perkahwinan, majoriti akan pertama sekali mempertimbangkan HANTARAN.
Sebab utama dia adalah duit hantaran tu adalah duit yang nak diguna untuk cover kos majlis. Jadi, kenalah duit hantaran tadi tu kita estimatekan mengikut skala majlis. Jadi ditambah plak dengan kos mendudukkan orang (bagi yang gotong - royong) maka hantaran ni boleh ranging dari 5K kepada infiniti (bergantung pada orang tua - tua). Amat jarang kita dengar majlis yang hantarannya kurang. Al - maklum, zaman GST, semua Barang Naik, jadi belanja mahal. Inilah bakal menantu diharapkan membantu dalam pada nak jalan majlis. Selebihnya, kita nak juga tengok bakal menantu ni beriya sungguh ke nak nak menikah dengan anak kita, atau tak bersungguh nak berumah tangga. Sebab itulah kita letakkan hantaran tinggi, sebab kita nak tengokkan usahanya. Maklum, waktu majlis, semua kaum kerabat saudara mara kita kumpulkan, jadi kita nak yang terbaiklah buat anak kita. Lagipun, apa orang kata kalau majlis ni tak dijalankan besar - besaran ? Makan tak abih dikutuk orang. Sebab itulah kena usaha kalau nak nikah dengan anak orang. Bab 'Apa Orang Kata' tu yang berat sikit tu.
***
Selesai Round 2
***
Sepanjang perbualan saya dengan ramai bakal pengantin dan bakal mertua, inilah yang dapat saya rumuskan serba sedikit.
Ingin saya lontarkan satu persoalan kepada anda semua.
Apa yang boleh kita buat untuk bantu bakal pengantin dan bakal mertua dalam mempermudah urusan walimah ini ? Ayuh sama - sama kita carikan satu usul yang realistik dan win - win. Mana tau usul kita dapat pula membantu lebih banyak masjid pertama terdiri dengan lebih baik !
Wassalam.
Ada lagi tentang adat yang disalah erti hukum syarak. Masa ijab dan kabul, cukup sekadar "aku terima", tak perlu panjang2 sehingga nama perempuan, jumlah mas kahwin diulang kembali sedangkan waktu ijab dah disebut.
ReplyDeleteAda pula saksi kata mesti dilafaz dalam satu nafas, sedangkan yang wajib dibaca satu nafas adalah ayat Quran, bukan waktu ijab dan kabul, kerana ijab dan kabul bukanlah tajwid.
Hak saksi adalah menyaksikan, bukan mengesahkan nikah. Nikah menjadi sah apabila cukup rukun, bukanlah tugas saksi untuk sahkan pernikahan. Jadi, kenapa jurunikah kena tanya saksi samada sah atau tidak? Maksudnya, jurunikah pun masih jahil dalam hukum.
Minimum saksi dalam rukun adalah 2 orang, sekiranya ramai yang menyaksikan ijab dan kabul tersebut, maka mereka juga adalah saksi kepada pernikahan tersebut. 2 orang saksi yang tandatangan surat nikah tu hanyalah urusan rasmi majlis agama Islam, tetapi ikut hukum syarak, semua orang yang datang adalah saksi dan nikah tu adalah sah sebab dah cukup rukun.
Masalah masyarakat melayu, apa yang dah dilakukan turun temurun diambil sbg hukum syarak, sedangkan itu adalah adat.
Permasalahan ijab dan kabul oleh saksi ni pun menyusahkan pengantin, kenapa sampai lafaz nikah sampai 5-10 kali hanya untuk memuaskan hati saksi? Hakikatnya, kali pertama tu pun dah sah nikahnya. Kadang2, saksi yang lebih sudu dari kuah, kononnya masa ni diorang ada authority utk overrule lafaz nikah. Jadi, apa hak mereka? Jelas kejahilan dalam agama Islam amat ketara dalam masyarakat melayu kita.
Inilah apabila kita terlalu ikut - ikutan. Isu ni sama juga macam orang bukan Melayu masuk Islam terus kena tukar nama. Kebangangan seperti inilah yang harus kita sama - sama perangi saudara.
DeleteMM Nixsoft System, anda membuka minda saya. Tq.
ReplyDeleteSama - sama kita berbincang saudara. Semoga kita senantiasa berada di luar kotak.
Delete