Tanjak Emas

menulis....

Pada hari ini kita memiliki satu kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang bodoh.
Tidak mampu berfikir untuk menyelamatkan dirinya dan jawatannya, melainkan penyamun - penyamun dikelilingnya, yang memikirkan bagaimana hendak menjerut tanah air dan rakyatnya, sementara Si Bodoh masih berkuasa dengan sisa - sisa yang ada.

Sebenarnya saya tidak mahu menulis di Bulan Ramadhan ini, tetapi sementelah perkara ini semakin kritikal, sebagai seorang yang juga merasai tempias isu ini maka saya ambil peluang juga untuk menulis tentangnya.

Pada lewat kebelakangan ini, fenomena Arabisasi telah meningkat momentumnya dan semakin ramai umat Melayu telah terkikis sifat jatidirinya.

Fenomena Arabisasi ini telah bermula apabila orang - orang Melayu bersikap bodoh dan memandang tinggi kepada insan - insan yang boleh berbahasa Arab dan meletakkan mereka pada satu kasta yang perlu ditaati.

Bukti kebodohan ini telah menjangkiti dan seterusnya merosakkan minda Melayu pada hari ini adalah apabila terlalu ramai dari orang kita yang berlumba - lumba untuk mengikuti gaya Arab, mengurangkan pertuturan dalam bahasa Melayu, tetapi terkinja - kinja mengikuti gaya  Arab bertutur, dan juga terlalu memandang tinggi kepada golongan pendatang Arab.

Mengapakah Arabisasi ini saya katakan sebagai sesuatu yang bodoh ?

Saban hari kita melihat yang bangsa Melayu kita semakin ketinggalan dalam pelbagai bidang. Dari segi ekonomi, pendidikan, perkembangan sahsiah diri dan kemajuan pemikiran. Kelihatan seolah - olah kita sendiri merelakan dan menyerahkan diri agar perkara ini berlaku, dan membiarkan diri kita hanyut tanpa berusaha.

Terlalu banyak laungan yang mengatakan Melayu tidak diberikan peluang yang setimpal dalam bidang pekerjaan. Ya. Ini adalah satu perkara yang benar. Tidak kira dalam sektor awam atau swasta, Melayu itu selalunya dipijak. Di sektor swasta, Melayu dipandang sebelah mata dan dilihat sebagai satu liabiliti. Di sektor awam pula, Melayu hanya boleh survive jika ada sifat mengampu dan menuruti kehendak ketua - ketua jabatan.

Akhirnya saya mula berblogging.

Setelah begitu lama menjadi pembaca, kini saya pula mula menulis.

Menulis tentang apa sahaja yang menjadi minat saya. Terutama tentang bangsa saya. Pendapat saya. Kepercayaan saya.

Suka atau tidak, saya tidak boleh menghalang.
Setuju atau tidak, saya tidak mampu memaksa.

Yang pasti, perjuangan membebaskan minda dan jiwa dari terus - terusan dijajah akan saya mulakan.
Menang atau kalah, itu belum pasti.

Tetapi sudah lama jadi pemerhati, kali ini biar saya lontarkan pula pendapat saya.
Ruang bicara ini adalah peribadi, namun ianya sedia dikongsi.
Asalkan yang tiba berakal dan berbudi.

Tidak akan ada yang mampu menghalang kebenaran.
Kerana kebenaran adalah milik jiwa yang hidup dan merdeka !

Salam perkenalan.

Dengan izin Allah.
Next PostNewer Posts Home