Tanjak Emas

menulis....

Kebodohan Pemerintahan Sekarang


Pada hari ini kita memiliki satu kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang bodoh.
Tidak mampu berfikir untuk menyelamatkan dirinya dan jawatannya, melainkan penyamun - penyamun dikelilingnya, yang memikirkan bagaimana hendak menjerut tanah air dan rakyatnya, sementara Si Bodoh masih berkuasa dengan sisa - sisa yang ada.

Sebenarnya saya tidak mahu menulis di Bulan Ramadhan ini, tetapi sementelah perkara ini semakin kritikal, sebagai seorang yang juga merasai tempias isu ini maka saya ambil peluang juga untuk menulis tentangnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia, terutama yang lahir dan membesar di bawah era Tun Mahathir, adalah satu kelompok yang merasakan pergerakan pembangunan negara. Dengan dipimpin oleh Negarawan Ulung, kita telah melintasi satu era transisi dari sebuah negara agri-based yang tidak terkenal dan tidak signifikan di mata dunia, sehingga kepada satu negara membangun yang punya suara besar di pentas antarabangsa.

Kehebatan pimpinan kita sewaktu era Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat pada ketika itu boleh dikatakan hampir senang, dan kita boleh dikatakan antara negara Asia yang rakyatnya memiliki akses kepada pelbagai kemudahan dengan secara yang amat mudah. Namun begitu, kerana pimpinan ketika itu boleh dikatakan hampir efisien, maka kita sebagai rakyat Malaysia telah mengalami satu sindrom kemalasan. Kerajaan yang hampir dapat menyediakan kesemua ameniti yang perlu telah menyebabkan rakyat 'terlena' dalam menyatakan pendapat.

Tetapi pada hari ini, kita memiliki satu kepimpinan yang sangat tidak berdaya dan tidak kompeten dalam urustadbir negara. Dipaliti pelbagai tuduhan yang memalukan, tragedi yang bertali arus dan isu - isu kebodohan ahli kabinet dan jamaah menteri, hanya menambahkan saja lagi petanda - petanda keranapan dinegara ditangan Si Bodoh.

Di mana kebijaksanaan politik Si Bodoh dalam menangani :-

- Isu 1 MDB : tidak ada satu jawapan konkrit dan tegas, walau memiliki begitu ramai PR, pakar perhubungan itu ini, cytro dan spin meister yang dibayar. Yang ada, cuma jawapan menepis dan melengah - lengah tanpa fakta konkrit.

- Isu 700 Juta : sehingga hari ini, tidak ada satu tindakan yang meyakinkan rakyat, melainkan tindakan yang rakyat nampak adalah hujahan kosong 'in denial'. Rakyat bukan lagi satu kelompok bodoh yang menuruti pemimpin, tetapi sudah berubah kepada satu kelompok yang kritikal terhadap pimpinan.

- Isu FLOM : rakyat menjadikan FLOM sebagai satu jalan melemparkan kritikan tegas atas sikapnya yang melebih - lebih berbanding PM. Imej kerajaan tercalar teruk kerana persepsi rakyat yang meluat dengan tingkah laku FLOM yang dilihat lebih sudu dari kuah.

- Isu Jamaah Menteri ; kebodohan jamaah menteri dalam memberikan hujahan pendapat yang tidak rasional, tidak ada sensitiviti dan tidak ada pertimbangan akal yang waras menyebabkan persepsi negatif dikalangan rakyat semakin bercambah. Ditambah pula dengan bunyi - bunyi bodoh dari hujahan tersebut semakin membuat rakyat terasa yang pilihan mereka pada PRU yang lepas adalah satu kesalahan yang besar

- Sindrom In Denial : apabila negara dipimpin oleh pimpinan yang syok sendiri, ini boleh menjadi satu bukti yang sangat fatal.

- Kepupusan pimpinan berkualiti : umat Melayu pada hari ini lebih terlihat yang merasa dikhianati oleh pimpinan mereka, Ini akan diterjemahkan kepada penolakan total pada Pilihanraya yang akan datang. Tidak akan ada lagi apa pun yang boleh mengubah perkara ini. UMNO is doomed.

Namun begitu, suara rakyat di akhbar, di internet, di blog, di mana - mana sahaja masih lagi tidak mahu didengar oleh pimpinan tertinggi. Walhal rakyat menuntut persoalan ini semua dijawab. Kita, yang pada satu masa dulu merupakan satu negara yang sensitif kepada denyut nadi rakyat, kini berubah menjadi Negeri Tanpa Telinga.

Dan yakinlah bahawa harga yang akan dibayar oleh pimpinan sekarang akan menjadi tersangat mahal pada pilihanraya yang akan datang.

Mahal sehingga tidak mampu dibayar siapapun.

Kerana umat Melayu sudah merasa dikhianati Ah Jib Gor, si Melayu yang hanya ingin memuaskan hatinya dan bangsa minoriti lain, sedang sokongan pendirinya adalah umat Melayu.

Bodoh.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Bukankah si bodoh itu diangkat oleh Negarawan Ulung (NU)? Jd yg mn lebih bodoh, NU, ah jib atau pengikut salah satu dr mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua. Sebab kita sibuk menyalahkan orang lain, tapi kita tak pernah nak buat apa - apa. Not even menyuarakan pendapat.
      Dekat Mahsyar nanti nak salahkan orang lain juga ke ?
      Belajarlah bertanggungjawab. Buatlah apa yang terdaya. Manusia tidak ada yang maksum, melainkan Rasul.
      Orang salah, kita betulkan seberapa terdaya seberapa boleh.
      Menyalahkan orang lain tak selesaikan apa - apa.

      Delete